" "

forexchief

WI&3Teman - Part I

Discussion in 'Jurnal Trading' started by wanimran, Aug 27, 2010.

Share This Page

  1. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Malam ini adalah malam 16hb Ramadhan 1431H…. Juga malam Nuzul al Quran… Juga malam setelah satu tahun saya mengikuti “Konsep analisa FX ala KG’. Saya cuba memberanikan diri menulis Jurnal bagi mencatat apa yang saya fahami dari sebuah konsep yang diperkenalkan dan dikembangkan oleh Kang Gun.

    Satu tahun yang lalu saya diperkenalkan kepada konsep ini melalui “Jurnal Full time Trader (JFTT) http://forum.fxopen.com/showthread.php?t=59865” oleh Hangtuah70 (di kgforexworld dikenali sebagai laburbuih)… Dari situ saya mula membaca dan mengenali konsep yang amat berbeza pada pandangan saya. Saya kemudian mula membaca Thread ini http://www.forexindo.com/forum/analisa-teknikal/95-belajar-menganalisa-chart-ala-kg.html dan mula mengenali teman-teman sekuliah atau KGers baik dari Indonesia dan Malaysia.

    Saya mula mengenali dunia investment pada tahun 1993. Waktu itu saya masih berada di tahun akhir kuliah saya di Universiti Darul Iman. Seterusnya sewaktu saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mula berkerja sacara sambilan di Hall Well Future Sdn. Bhd. yang 2 minggu kemudian saya mengetahui ia adalah illegal broker. Kemudian saya berkerja di Okachi (M) Sdn bhd.- 6 tahun, KL City Scurities Sdn. Bhd. – 2 tahun, Alliance Investment Bank Berhad - 4 tahun dan terakhir sebelum saya menjadi FTT, saya berkerja di OSK Investment Bank Berhad – 1 bulan. Saya memiliki lesen perantara pasar – dealer representative – remieser dari Securities Commission of Malaysia.

    Sepanjang berada didalam industri ini berbagai latihan telah saya ikuti. Berbagai teknik analisa telah saya pelajari. Namun akhirnya terpaksa saya buang apa yang saya pelajari dan amalkan sebelum ini demi untuk memahami dan menguasai sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Kang Gun.

    Jurnal ini akan saya tulis dalam bentuk pengkisahan / sinatron / telenovela yang memberi focus kepada konsep BBMA, konsep KGBS dan konsep Wave. Saya namakan Jurnal saya ini WI&3Teman – Part I, bagi menggambarkan apa yang akan saya tulis nanti berkisar tentang diri saya bertrading dengan di temani 3 Teman. Kenapa ada Part I… ya… memang benar… Jurnal ini adalah hanya Part I…. kerana Part II pula akan berada di kamar lain.

    Di Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Ribuan Jutaan Billionan terima kasih saya kepada semua. Terlalu ramai untuk saya sebutkan nama-nama mereka; Antaranya Kang Gun sendiri beserta Isteri Chicken Soup , Hang Tuah @ Laburbuih, Bro Jmie, Bro Tetikus10, Bro Zhaff, Bro Zuan, Bro Sizr19, Bro Mael, Bro Nazim, Bro Gucent, Bro Reviwan, Bro Anggara, Bro Bengong, Bro Gustie, Bro Trans50, Sis TSForex, Sis Giesha, Bro Coeloen, Bro Manduan, Bro De-Gatra, Bro Wongangon, Bro Jason, Bro Josep, Pak Salman, Bro Neozero, Bro Fakeyellowmocha, Bro Lahvista, Bro Rasyd, Bro Yoldirin, Abg Zul @ Chotmeroyan, Bro Aman, Bro Ijat, Kak Maziah, Kak Aton, Bro Rudy_msp, Bro Arpudi, Bro E_Pop, Bro Dayat, Bro Candy17, Bro Madusawi, Bro Miskila , Bro Jenjarom, Bro Wakif, Bro Faizata, Bro Lutfi, Sis Cengkerang, Bro Iqbal, Bro HAFIZ…. Dan lain-lain lagi…

    Salam GGH....
    Last edited: Aug 27, 2010
    " "
  2. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Prakata

    [​IMG]

    Kini setiap kali saya trading, saya sentiasa ditemani oleh 3 Teman yang amat pintar, cerdik dan cerdas dalam bidang masing-masing. Mereka bertiga mempunya kepakaran yang berbeza tetapi mempunyai objektif, kecenderungan dan keghairahan yang sama. Disamping itu mereka amat cantik, seksi dan mengiurkan kepada setiap mata yang memandang… Saya amat marah, setiap kali saya pamirkan mereka, tentu ada saja orang yang akan meminta untuk memiliki template –template dan indi-indi mereka… Saya marah kerana mereka cuma meminta template dan indi… dan bukan meminta untuk mempelajari dan mengenali 3 Teman saya ini…. Jika mereka berminat untuk mengenali mereka mungkin saya akan bertolak ansur… Saya sedar, siapalah saya… 3 Teman ini bukanlah exclusive milik saya… Saya sedar, saya terpaksa berkongsi rasa kasih dan cinta mereka…. Saya tidak merasa jealous atau apa saja jika ada yang ingin menikmati keindahan "body" 3 Teman saya ini….

    Saya tidak suka banyak berkata-kata dengan 3 Teman saya ini. Saya lebih suka melihat mereka beraksi. Saya suka melihat liuk lintuk tubuh mereka…. Saya suka melihat lirikan senyuman mereka… Saya suka melihat jelingan mesra mata mereka…. Saya amat benci jika mereka asyik membebel sepanjang hari. Saya akhirnya akan jadi bingung dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindakan. Oleh itu saya sering memberitahu 3 Teman saya ini; JIKA SAYA BERTANYA SILA JAWAB DENGAN RINGKAS DAN PADAT… FAHAM !!!!

    Alhamdulillah… Nampaknya mereka mula memahami kehendak saya. Saya amat teransang dan ghairah…. Saya tanya mereka satu perkataan… Mereka juga menjawab dengan satu perkataan.

    Kadang-kadang saya beraksi dengan mereka bertiga… Ya dengan mereka bertiga serentak!!! Kata orang apa ya??…. Trisome… Yes is it… Saya amat senang sekali setelah mendapat restu dan persetujuan mereka bertiga untuk beraksi bersama. Saya Tanya mereka… Can I buy / sell it right now… Mereka bertiga serentak menjawab “Yes My Dear”…

    Kadang-kadang saya beraksi dengan hanya dua dari mereka… seorang lagi menolak saya… atau tidak memberi jawapan yang jelas… Memang saya tidak suka memaksa….. Kalau sudi katakan sudi… Jika tak mahu tak apa… Bohong jika saya katakan saya langsung tidak kecewa… Tetapi bukan jenis saya untuk berdendam dan menyimpan perasaan lama-lama di dalam hati… Saya tahu esok atau lusa saya akan kembali dapat beraksi dengan yang tak sudi tadi.

    Kadang-kadang hanya seorang sahaja yang sudi beraksi bersama saya… Iskkkkk saya tak minat lah beraksi berdua… Paling kurang bertiga… Mungkin saya pelik sedikit… Saya mempunyai citarasa berbeza… Citarasa exotic, ganas dan pelik…. Pada saya, daripada hanya beraksi berdua… lebih baik saya tidak beraksi langsung.… Dapat juga saya menyimpan tenaga dan semangat saya untuk beraksi pada waktu-waktu yang lain…. Kenapa ya hari ini hanya seoarang yang sudi…. Kenapa ya… dua yang lain tak sudi… Dalam situasi ini lebih baik saya tidur dulu… atau saya keluar mengeteh saja dengan kawan saya yang lain…

    Tetapi bukannya selalu begini… Ada juga waktu-waktunya 3 Teman saya ini bersatu hati menolak saya… Mereka bertiga bersepakat untuk tidak mahu beraksi bersama saya… Orang kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong… Saya tak mahu jadi begini… Saya tak rela… Biarpun saya tak handsome, saya tak mahu orang mengata saya begini…. Jika sekarang mereka bertiga tidak sudi, saya akan sabar menanti… saya tahu ALLAH mahu saya bersabar… Saya tak akan gopoh, desperate dan memaksa diri saya untuk beraksi bersendirian… Isk bodoh benar rasanya beraksi sendirian…. Hehehehehe….

    bersambung.................
    Last edited: Aug 27, 2010
  3. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Teman Pertama

    Reserve.............................
  4. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Teman Kedua

    Mari kita lihat dahulu siapa beliau....

    [​IMG]

    Beliau adalah seorang sciencetist yang amat pintar, energetic dan saksis. Beliau berkemahiran dalam menterjemahkan Kekuatan Buyer vs Saller, Batas-Batas atau S&R Dinamis, Momentum Pecutan Harga dan Arah serta Kecenderungan Harga.

    Menurut beliau dalam satu-satu masa Market hanya mempunyai satu trend dari trend-trend berikut iaitu;

    1) Flat / Side Way / Ranging.
    2) Uptrend
    3) Uptrend Retrace Down
    4) Downtrend
    5) Downtrend Retrace Up.

    Beliau selalu ketawa jika mendengar orang berkata-kata; “setiap TF ada trendnya sendiri… kadang-kadang di TF H4 Down, di TF M30 Raging, di TF M1 UP…â€￾ menurut beliau lagi kepercayaan begini akan mengelirukan kita… Sebenarnya dalam satu-satu masa cuma ada satu trend…

    Jika tidak percaya cuba minta 10 orang guna TF berbeza, Acuan berbeza dan Patukan berbeza membuka OP yang sama pada waktu yang sama… Nanti kita lihat hasilnya, jika 1 orang loss 9 yang lain juga akan loss… dan jika 1 orang win 9 yang lain juga akan win… So, kenapa mereka mengatakan setiap TF ada trendnya dan setiap acuan juga ada trendnya… jika kita dapati natijah dari op itu adalah satu… Kan lebih baik jika hanya ada satu trend dalam satu-satu masa… Ia akan lebih memudahkan kita membuat keputusan…

    ++++++++++

    Ok kita sambung lagi cerita teman saya ini.... Logic lain bagi menguatkan pendapat beliau, teman saya ini mengajak tuan / tuan melihat gambar berikut.... Hehehehehe.... Jaga iman tuan-tuan yaa.... Ingat... tuan-tuan berpuasa.... Saya sudah berkali-kali teman saya ini perlihatkan gambar ini.... Saya tidak mengapa....

    [​IMG]

    Jelaskan.... Trend yang teman saya ini maksudkan seumpama Pola Pergerakan Harga yang baru KG share kan... Isk masih ada yang belum tahu tentang pola pergerakan harga ini... Ayuh ke Thread Arsip GGH_ROOM... dan cari disana....

    SO... Kita harus tanamkan dalam hati dan fikiran kita bahawa dalam satu-satu masa cuma ada 1 Trend. dan bagi setiap trend ini haruslah bisa atau boleh dibuktikan secara statistik. Kita harus mengatakan sesuatu beralasan... Jika kita mengatakan sekarang UP Trend.... Maka apa buktinya... kita kata sebelum ini Down Trend Retrace UP... apa buktinya...

    Dalam menyampaikan pembuktian saya mahu sesuatu yang fact... baku.... mudah difahami... pantas.... Kan sebelum ini telah saya cerita... Saya tidak suka bebelan yang panjang berjela... Konon macam hebat... atau memang ada hasrat untuk kelihatan hebat.... Maka analisanya panjang berjela... Mau saya pelempang teman saya ini jika beliau berkelakuan begitu... Saya rela ceraikan beliau dan mencari teman baru....

    Memanglah teman saya ini mempunyai pelbagai kepakaran... hehehehe ntah kenapa yaa bila berakasi bersamanya, saya tidak berminat untuk mengguna kesemua kepakaran teman saya ini... Saya cuma berminat untuk mengetahui arah dan kecenderungan dan saya berminat untuk mengetahui pondok-pondok penyamun yang beleh menghalang dan merampok perjalanan harga saya....

    Ada beberapa set SOALAN yang sering saya kemukakan kepada teman saya ini....

    1) Apakah trend harga sekarang....
    2) Apakah trend harga satu ketika sebelum ini....
    3) Apakah trend harga satu ketika sebelum ketika yang sebelum ini....

    Hahahahaha... saya tau tuan-tuan pasti pusing atau pening dengan 3 set soalan yang saya kemukakan kepada teman saya ini..... Begini, biar saya jelaskan lebih lanjut.... Saya melihat chart pada waktu-waktu tertentu... Dalam satu hari saya biasanya akan melihat chart pada sessi london open dan pada sessi us open...

    So misalnya saya melihat chart hari ini pada sessi london open maka soalan saya pertama saya tadi merujuk kepada apakah trend harga sekarang??.... Apakah trend harga pada sessi japan open pagi tadi??..... dan Apakah trend harga pada sessi us open malam tadi.... Fahamkan 3 set soalan saya ini merujuk kepada apa??... Soalan saya ringkas dan saya mahukan jawapan dari teman saya ini juga seringkas soalan ini...

    Diatas tadi ada 6 trend harga yang telah dijelaskan oleh teman saya. So jawapan yang akan saya terima hehehe biasanya memang mengasyikkan.... Bagi orang yang belum berkahwin mungkin akan menyebabkan bulu roma berdiri...

    Kata beliau sebagai jawapannya....

    1) Sekarang ranging my dear...
    2) Japan open tadi juga ranging my dear...
    3) US open sebelum ini trending down retrace up my dear...

    Perghhhhh jawapannya.... pendek, ringkas, bermaklumat.... Huhhhhh saya sungguh teransang dan ghairahhh....

    ++++++++++

    Lanjut lagi deh... Saya percaya harga tidak pernah bohong. Harga tidak akan keutara atau keselatan atau kemana sahaja tanpa memberi tahu kita... Memang benar, saya tidak menolak atau menafikan Manifesto Kgers yang pertama, bahawa kita tidak pernah tahu harga akan kemana. Tetapi setiap kali harga hendak bergerak, baik keutara atau selatan atau hanya bolak balik setempat, harga akan memberi tahu kita semua terlebih dahulu... Cuma bezanya, encik harga ini akan memberi tahu kita dalam bahasanya.

    Jadi untuk memahami apa yang mahu disampaikan oleh harga kita perlu belajar dan memahami bahasa harga... Ada orang mampu belajar dan memahami bahasa harga. Tetapi tidak bagi saya. Bahasanya amat asing buat saya. Mendengarnya amat asing.... Menuturkannya juga amat asing.... Jika saya berbicara dengan harga, saya tak ubah seperti ayam berbicara sama itik... Pendek kata saya tidak mampu untuk mempelajari bahasa harga dalam masa yang singkat.... Oh jika berterusan saya cuba untuk belajar bahasanya mungkin dapur saya tidak akan ngebul...

    Lalu saya guna penterjemah untuk menterjemah apa yang mahu harga sampaikan kepada saya. Penterjemah itu salah seorang nya ialah teman saya ini. Hehehehe biar pun saya dan beliau bukanlah satu bahasa dan satu bangsa, namun bahasa yang beliau guna lebih mudah untuk saya fahami berbanding bahasa yang digunakan oleh harga. Jadi melalui beliau saya mampu memahami apa yang mahu disampaikan oleh harga. teman saya ini akan menterjemah bila harga memberi tahu saya arah mana dan sampai mana harga tuju... Gambar berikut adalah contoh bahasa yang digunakan oleh teman saya ini sewaktu menterjemah bahasa harga;

    [​IMG]

    Inilah bahasa teman saya yang kedua. Beliau mengguna bahasa KGBS Band. Mari kita amati bersama bahasanya. Mungkin ia akan dapat membantu teman-teman memahami bahasanya. Jadi jika teman-teman di takdirkan bertemu dengan teman saya ini, teman-teman bisa berbicara bersama beliau.... Jangan takut dan segan yah... Teman saya ini ramah bangat orangnya... hati dan budi pekertinya juga baik... Tapi awas... jangan di ajak berpancak... beliau pantang dicabar.... Hehehehehe....

    1) Jika BSB daily berada diantara BSB weekly dan monthly maka ia adalah Flat / Side Way / Ranging.

    2) Jika BSB daily berada diatas BSB weekly dan BSB weekly berada diatas BSB monthly, dan harga berada diatas semuanya ini maka ia adalah Uptrend

    3) Jika BSB daily berada diatas BSB weekly dan BSB weekly berada diatas BSB monthly, dan harga berada dibawah BSB daily maka ia adalah Uptrend Retrace Down

    4) Jika BSB daily berada dibawah BSB weekly dan BSB weekly berada dibawah BSB monthly, dan harga berada dibawah semuanya ini maka ia adalah Downtrend

    5) Jika BSB daily berada dibawah BSB weekly dan BSB weekly berada dibawah BSB monthly, dan harga berada diatas BSB daily maka ia adalah Downtrend Retrace Up.

    Fahamkan... hehehe mudah bangat bahasanya... Simple dan tepat... Saya cuba ulang dan ringkaskan kembali... BSB tersusun keatas dan harga diatasnya, ia uptrend, jika sebalik, ia downtrend. Dan jika tersusun keatas TETAPI harga berada dibawah yang paling kecil, ia uptrend retrace down, dan jika tersusun kebawah TETAPI harga berada diatas yang paling kecil, ia down trend retrace up...

    Dua kali saya ulang... Jangan paksa saya ulang kali ketiga... kesian ama saya... Melalui BSB ini teman saya memberi tahu arah dan kecenderungan harga. Seterusnya melalui garis-garis horizontal itu pula teman saya ini memberitahu saya tempat-tempat yang kebiasaannya dihuni perampok... Pada batas-batas itu saya mungkin di rampok dan pada batas-batas itu juga tempat yang sebaiknya untuk saya memulakan perjalanan.

    Gimana ya... memulakan perjalanan di batas-batas yang kebiasaanya dihuni perampok. hahahaha... Jawapanya tentulah sebelum bermula pastikan tiada perampok disitu... samaada sewaktu perampok tidur atau sewaktu perampok buang air atau apa saja hehehehe... Jika saya berhasil masuk disitu keberangkalian saya untuk mendapat pip ijo 25 pip, dan jika saya amat cuai dan tidak sedar perompok sedang menunggu.... kemungkinan saya akan kehilangan pip juga 25. KG tentu marah jika saya mengguna ratio ini dalam trading saya... 1:1... Malu deh... Ini bukan ratio yang layak untuk KGers.... Jika terus-terusan saya make ratio ini mengkin aja saya gak akan di ijin gabung Elite Group.... Walah..... Saya panasaran sekali ingin gabung.... Maaf KG jika membaca ini... terus terang bangat saya ini.... hehehehe

    [​IMG]

    [​IMG]
    Last edited: Sep 4, 2010
  5. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Teman Ketiga

    Reserve....................
  6. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Flat / Sideway / Raging

    Reserve........................................................
  7. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Analisa Sesaat

    Reserve....................................................................
  8. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Aksi Riaksi Harga

    Reserve............................................
  9. wanimran

    wanimran Member

    Messages:
    266
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Hukum Rata-Rata

    Reserve.....................................
  10. kristal87

    kristal87 Member

    Messages:
    650
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    18
    duduk diem dan menyimak...:cz26:

Share This Page