" "

forexchief

Pip Sniper's Journal

Discussion in 'Jurnal Trading' started by Pip Sniper, Dec 15, 2010.

Share This Page

  1. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Kata-kata pembuka dari saya sebagai pedoman:
    Bismillahirrahmanirrahim
    Pembuka : Mulakanlah Dengan Nama Allah

    Prinsip ini akan menyedarkan diri untuk sentiasa bersikap penyayang dan pengasih kepada setiap orang supaya kita sentiasa memiliki prinsip memberi dan memulakan. Atas Nama Allah ertinya adalah berusaha meneladani sifat-sifat Allah sbagai tanda pengabdian kepadaNya. Inilah dasar kepada pembuka suara-suara hati yang akan berbisik kepada kita serta akan mengarahkan kita kepada kebaikan dan kejayaan. Kita akan memiliki kepercayaan diri yang sangat kuat kerana kita akan bertindak atas nama Allah Yang Maha Mulia; bertindak sebagai wakil Allah yang tunduk patuh kepadaNYa.

    Alhamdulillahirabbil 'Alamiin.
    Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

    Memuji Allah : Berfikir dan Berjiwa Besar (Thinking Big)
    Kita akan selalu merasakan bahawa kita berada dalam curahan rahmat Allah; pemilik alam semesta. Kita akan berasa tenteram dan merasa dilindungi kerana didasari oleh kepercayaan bahawa kita bekerja demi kesejahteraan bumi milik Allah. Bersedia untuk menggunakan seluruh potensi diri kita secara maksimum dalam usaha menjalankan tugas sebagai rahmatan lil 'alamin. Selalu mengigati sifat-sifat Allah yang menjadi pendorong untuk anda melakukan kebaikkan dan ia menjadi landasan kepada kecerdasan emosi dan spiritual.

    Arrahmaanirrahiim
    Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    Bekalan : Sikap Mengasihi (Thinking Deep)
    Dengan keyakinan kita terhadap sifat Allah ini, akan memberikan inspirasi kepada kita untuk bersikap pengasih dan penyayang kepada orang lain. Tidak mahu merugikan orang lain dan selalu berusaha membantu dan menolong orang lain. Inilah teras kejayaan hubungan sesama manusia yang akan membawa diri anda kepada "kekuatan sosial".

    Maaliki Yaumiddiin.
    Pemilik/Raja Hari Pembalasan

    Wawasan (Visioner)
    Selalu berorientasikan kepada masa depan, memiliki matlamat yang jelas serta memiliki rancangan untuk setiap langkah yang akan dibuat sehingga kita akan memiliki kesedarang penuh bahawa kejayaan tidak akan dicapai melalui cara-cara uang tidak baik. Kita perlu bertindak atas nama Allah, 'selalu memuji dan mengingat sifat-sifat Allah disampingkan menjadikan sikap-sikap tersebut sebagai bekal dalam mencapai sesuatu tujuan. Inilah jaminan masa dari Allah bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa.

    Iyyaka Na'budu Wa Iyaka Nasta'iin.
    Hanya Kepada-Mu Kami Mengabdikan Diri & Hanya Kpada-Mu Kami Meminta Pertolongan.

    Memelihara Prinsip
    Berprinsip tunggal hanya kepada ALlah Yang Esa. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa bersikap jujur. Memiliki komitmen dalam mencapai matlamat. Selalu merasakan bahawa diri dilihat oleh Allah. Kita akan memiliki prestasi kerja yang sangat tinggi kerana Allah yang Maha Tinggi adalah taulan dan prinsip yang kita pegang. Bersedia menghadapi segala cabara, kegagalan atau kejayaan. Mental kita akan hebat kerana kita telah memiliki "kemenangan peribadi" yang kuat dan kukuh.

    Ihdinash Shiraathal Mustaqim
    Tunjukkanlah Kepada Kami Jalan Yang Lurus

    Tindakan (Action)
    Inilah tindakan yang berlandaskan kepada hati dan fikiran yang melalui ayat 1,2,3,4 dan 5 iaitu bertindak atas nama Allah, selalu bersikap pengasih dan penyayang, memiliki visi, memiliki integriti yang tinggi dan hanya berpegang teguh kepada Allah Yang MAha Esa. Maka, tibalah pula langkah perlaksanaan secara meyeluruh berdasarkan visi yang telah dilandasi oleh keperibadian yang mantap dan prinsip yang teguh. Sesungguhnya si sinilah terletaknya perjuangan yang sebenar.

    Shiraathal Ladziina An'amta 'Alaihim, Ghairil Maghdhuubi 'Alainim WAladh Dhaalliin.
    Jalan Orang-Orang Yang Engkau Berikan Nikmat, Bukan Jalan Orang-Orang YAng Dimurkai, Bukan Pula Jalan-Jalan Yang Sesat
    .
    Penyempuranaan (Evaluation and Continuous Improvement)
    Di dalam perjalanan, asahlah hati, fikirkan, perlaksaan tugas dan cita-cita secara berterusan sehingga kita dapat melakukan dan mencapai sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Kita diminta untuk menilaikan fikiran, hati dan perlaksaan kerja kita agar sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus. Tanpa mengenal erti putus asa terhadap jalan Allah yang sangat luas. Kita mencari redha Allah.

    Amin
    Kabulkanlah

    Ikhlas (Sincerity)
    Kita perlu sentiasa ikhlas untuk menerima segala hasil yang telah dicapai. Apapun hasilnya, terimalah dengan baik kerana semuanya datang dari Allah. Jika kita belum merasa puas, jangan pula kita menyalahkan nasib. Baca dan pelajari kerana pasti ada sesuatu yang masih belum mencukupi dan belum dilakukan. Ulangi usaha itu seperti kita membaca AlFahtihah berulang kali setiap hari. Jadikan ayat-ayat ini untuk memuhasabah diri kita. Disamping itu, sikap ikhlas ini akan menyembukan kita daripada penyakit psikologi yang dipanggil "perfectionist" iaitu keresahan dan kegusaran akibat daripada masih belum mencapai target yang telah ditetapkan.

    --Petikan daripada ESQ--
    " "
  2. hari69

    hari69 Member

    Messages:
    187
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    Welcome bro Pip Sniper.
    Ikut bergabung dalam doa dan belajar bersama ...

    Menyimak ... PERTAMAX ...

    Salam Sukses
    HR
  3. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Sedikit latar belakang mengenai diri saya:
    Asal dari Kuala Lumpur, Malaysia
    Pengalaman trading Forex 4tahun
    Belajar teknik KG sejak Ogos 2010
    Style trading Intraday dan scalping
    Masih banyak yang perlu di pelajari dan indi yang saya gunakan atas kefahaman saya sendiri tidak mengikuti 100% yang disarankan dalam KGForexworld. Minta maaf saya tidak dapat menggunakan bahasa Indonesia dan berharap bahasa Malaysia saya dapat difahami semua yang membaca. Beginilah chart yang saya gunakan sekarang:

    [​IMG]

    Chart TF 1hr, Indi:
    1) Biru terang BB monthly
    2) Ungu BB weekly
    3) Hijau BB daily

    Cara saya menganalisa chart ini:
    1) Melihat pergerakkan trend besar (monthly), pada chart ini mengambarkan kepada saya market dalam sideways dan dalam perjalanan dari Balance ke SD1 monthly
    2) Pergerakkan weekly menujukkan pergerakan naik dan bermain-main di atas SD1 weekly .. support analisa monthly saya bahawa PA dalam perjalanan ke atas
    3) Pergerakkan daily penentu dimana saya akan melakukan OP; juga dalam direksi yang sama ke atas dan kelihatan seperti PA tersangkut di Balance daily, titik OP saya untuk buy adalah di balance daily. Tidak akan counter trade (sell) sebab risiko agak tinggi.
    Untuk OP saya akan gunakan chart ini:
    [​IMG]
    Chart TF5min, indi:
    1) Ungu BB Weekly
    2) Hijau BB Daily
    3) Kuning BB 8hr
    4) Biru MA 4hr

    Cara menganalisa:
    1) Pada chart yang sebelumnya saya melihat market akan naik dan keputusan buy di Balance daily
    2) Saya akan tunggu PA untuk bermain-main di atas Balance daily
    3) Melihat bentuk BB 8hr, seperti contoh diatas saya masih belum yakin untuk OP buy sebab PA masiih belum mampu untuk masuk kedalam BB8hr dan BB tersebut sedang mengecut. Hanya akan OP apabila PA berada diatas SD-1 8hr
    4) MA4hr berada diatas MA8hr .. menandakan market masih dalam buying position.

    Untuk TP & SL .. bergantung kepada BB mana yang menjadi pengamatan saya. Pada contoh diatas, TP saya adalah SD1 monthly maka SL saya bawah SD1 weekly.

    Saya amat berharap sangat ulasan-ulasan dari sesiapa sahaja yang membaca journal ini supaya dapat saya memantapkan diri saya dan juga berkongsi ilmu yang saya dapati dengan sahabat-sahabat yang berada di Kuala Lumpur.

    Amat berterima kasih hendaknya dan minta maaf jika saya terkasar ataupun menggunakan bahasa yang sukar difahami.

    Amin.
    Last edited: Dec 24, 2010
  4. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    (15Dis10 10:50am)
    Op yang saya lakukan pagi tadi:
    [​IMG]

    Buy GU:
    1) Double Bottom
    2) SD-1 Weekly
    3) Market dalam keadaan sideways (confirm apabila PA masuk BB daily & BB daily mula flat)
    4) Fibo masih dalam buying market
    5) Pergerakkan Monthly dari downtrend mula flat
    6) Jika dilihat pada pergerakkan sebelumnya .. market tidak mampu membuat new low tapi sering mencuba membuat new high
    7) TP SD1 weekly SL 5pip bawah yesterday's low
  5. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Close dulu .. sebab PA kelihatan tersangkut di balance Monthly .. akan OP buy kalau PA melewati Balance Monthly .. sell kalau PA jatuh di bawah sd-1 weekly
  6. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    (16Dis10 12:20pm)
    Semalam cantik pergerakkan GU .. akan tetapi agak sibuk tidak sempat untuk OP .. bukan rezeki bagi saya ..
    [​IMG]
    OP EU:
    1) PA berada dibawah SD-1 weekly
    2) Daily BB masih menjunam kebawah & PA masih bermain-main dibawah SD-1 Daily
    3) SL yang agak kecil, 5pip diatas daily high
    4) TP1 disebabkan monthly dalam keadaan flat, kecenderungan untuk bermain-main dalam keadaan normal agak tinggi (sd1 ke sd-1)
    5) Jika PA melewati TP1, saya akan agak ianya akan terus turun ke SD-3 weekly untuk completekan pergerakkan ini yang bermula turun dari SD3 weekly.
  7. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Bismillahirrahmanirrahim
    Ingin saya berkongsi sedikit dengan Al Baqarah 2-5 & mengambil sedikit pelajaran moga-moga lebih cantik trading kita semua:
    2:2 Kitab ini tiada syak baginya, pertunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
    Sebagai traders KGer kita telah diberikan kitab (nota-nota KG) dimana tidak syak lagi (terbukti dengan ramai yang telah berjaya dengannya) adalah pertunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (mereka yang sungguh-sungguh perbuat)

    2:3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
    Beriman kepada yang ghaib, tak da siapa pun yang tahu kemana market akan pergi tapi yakin adanya target point. Mendirikan solat, mengikut tertib-tertib/syarat-syarat yang telah dinyatakan dlm nota-nota KG pada waktu-waktu yang tertentu (displinkan OP/TP/SL ikut pada analisa yang telah dilakukan). Membelanjakan sebahagian rezeki, keluarkanlah sedikit modal untuk belajar/buka akaun dan jangan takut atau sedih untuk StopLoss. Dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka, yakinkan diri bukan market yang bagi rezeki tapi semuanya dari Allah.

    2:4 Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab yang diturunkan kepadamu, dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat
    Ramai yang telah dapat dan praktikkan ilmu KG ini, belajarlah daripada mereka dan bukan ilmu KG sahaja yang ada dalam Forex Trading, banyak lagi ilmu-ilmu lain (Fibonacci, Elliot Wave, Guppy dll) .. mereka yang trade mengikut dengan betul ilmu masing-masing yakin akan sampainya Hari Pembalasan / Hari Kemenangan

    2:5 Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
    Inilah syarat-syarat yang Islam tetapkan bagi manusia yang ingin berjaya.
    Last edited: Dec 16, 2010
  8. bang kit

    bang kit New Member

    Messages:
    86
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    trimakasih pencerahannya...lanjut ustadz...:cz07:
  9. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Hehehe bukan ustaz .. hanya kongsi-kongsi yang pernah disampaikan pada saya sahaja.
  10. Pip Sniper

    Pip Sniper New Member

    Messages:
    24
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    (17Dis10 1:20pm)
    [​IMG]
    Sell AU:
    1) Market telah retrace 50% dari pergerakkan yang sebelumnya
    2) PA tersangkut di bawah SD1 Monthly dan BB Monthly dalam keadaan flat (normal)
    3) PA berada dibawah Balance Weekly dan SD1 Daily
    4) BB Daily masih dalam uptrend & mengembang .. kena berhati-hati

    [​IMG]
    Sell EU:
    1) PA tersangkut di balance Weekly
    2) BB Weekly dalam keadaan flat (normal) & BB Daily berada di bawah kemungkinan akan bermain-main antara balance & SD-1 Weekly
    3) Seperti AU kena berhati-hati dengan BB Daily

Share This Page