" "

forexchief

Pembentukkan Community Kgers MFC (Melaka Malaysia)

Discussion in 'Regional Community' started by Azmifx, Aug 31, 2010.

Share This Page

  1. Azmifx

    Azmifx New Member

    Messages:
    7
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Bismillah,Assallammualaikum.Dan selamat sejahtera.

    Setelah mendapat info dari Krosli daripada perjumpaan beliau bersama Bro Raviwan semalam di KL.
    Kami dari Melaka amat bersetuju dan menyahut niat murni dari Kang_Gun supaya menubuhkan community bagi menyatukan menjadi satu kumpulan utk satu pemahaman.
    Jadi, Kami group kgers melaka ingin membentuk group community melaka (malaysia)
    Semoga dengan pembentukkan group dari melaka ini akan mengeratkan lagi persahabatan diantara nusantara.

    Kami akan update ahli2 group kami...jumpa lagi
    " "
  2. avatar

    avatar New Member

    Messages:
    10
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    asalam..
    ada juga org mlk ye...
    mlk d mn...?
    sy mlk juga dkt bkt katil...:cz38::cz38:
    tk tau pula ada group kgers melaka
    ikut daftar om...
    bole ya
  3. reviwan

    reviwan Member

    Messages:
    276
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    18
    Syabazzzzzzz... buat Kgers Region Malaka...
    Ditunggu kabarnya Update Programnya yang rutin... :cz07::cz07::cz07:
  4. mr_candy17

    mr_candy17 Member

    Messages:
    916
    Likes Received:
    17
    Trophy Points:
    18
    KGers Indonesia turut mengucapkan Tahniah atas terbentuknya Community KGers MFC, Semoga makin menciptakan trader2 handal.
  5. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    489
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    18
    Salam bro..

    Orang melaka juga ya.

    Boleh daftar.. sila ke skype. Kami berkumpul di sana.

    sememangnya kita akan cuba membantu setakat kemampuan mencari satu pemahaman satu chart dalam satu group. Mungkin susah, tapi belum cuba belum tahu.
    Bismillahirrahmanirrahim….



    Cadangan Program Pemantapan & Penyusunan Semula Komoniti KGers Malaysia.

    Objektif

    1. Untuk menjadi sebuah komoniti professional, berketerampilan, mantap dan terurus.

    2. Untuk melahirkan peniaga yang berjaya dalam pasaran equity, commodity, future, option, bond, forex dan lain-lain.

    3. Untuk melahirkan peniaga yang cintakan agama, bangsa, tanah air dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

    4. Untuk melahirkan peniaga yang berintegriti, rasional, waras, bertimbang rasa, ringan tulang dan pemurah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, amal dan membantu mangsa-mangsa kecelakaan serta mereka yang berada didalam kesempitan.

    5. Untuk menjadi satu wadah bagi memperiratkan tali persaudaraan dan persahabatan yang mampu menjaga kepentingan sesama ahli. Juga wadah untuk memberi sokongan dan bimbingan secara berterusan kepada semua ahli baru dan lama.

    6. Untuk menjadi wadah bagi ahli-ahli senior berkongsi dan menyalurkan kefahaman serta penemuan-penemuan atau pengembangan ilmu sesuai dengan konsep yang kita semua guna pakai.

    7. Untuk menjadi wadah bagi ahli-ahli pemula atau mereka yang tertinggal mendapat bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan yang berterusan sehingga mereka mampu menjadi seorang peniaga yang berjaya.

    8. Untuk melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada seorang guru yang sudi menyampaikan ilmunya secara percuma serta memberi bimbingan yang berterusan kepada kita semua.

    Cadangan Pendekatan

    1. Mendaftar semua KGers atau para pemakai “Konsep Analisa Chart ala KG” dari seluruh pelusuk Malaysia, baik yang baru atau yang lama.

    2. Menubuhkan Komuniti KGers Malaysia yang formal dan terdaftar mengikut undang-undang.

    3. Menubuhkan cabang-cabang Komoniti ini di semua negeri dan daerah di Malaysia.

    4. Membentuk Jawatankuasa pegawai serta ahli yang menyelia pengurusan Komoniti di semua peringkat.

    5. Menyusun aktiviti-aktiviti pembelajaran dan diskusi bagi mempertingkatkan lagi pemahaman serta ketajaman skil berniaga ahli secara percuma.

    6. Menyusun aktiviti-aktiviti sosial yang lain bagi meningkatkan rasa persaudaraan dan silaturrahim dikalangan ahli dan dikalangan sesama Kgers Malaysia dan Indonesia secara percuma.

    7. Menggalakkan ahli menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak atau broker, seterusnya memenangi pertandingan itu.

    8. Menjalankan aktiviti perniagaan didalam pasaran equity, commodity, future, option, bond, forex dan lain-lain, bagi memenuhi dana Komuniti.

    9. Menggalakkan ahli membuka akaun mereka dibawah akaun komuniti daerah masing-masing. Dan akaun komuniti daerah dibawah akaun komuniti negeri dan akaun komuniti negeri dibawah akaun Komuniti KGers Malaysia.

    10. Menggalakan budaya menderma sebahagian keuntungan ahli kepada cabang kominiti yang disertai bagi menampung semua aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh cabang komuniti mereka.

    11. Menggalakkan ahli berkerjasama mempertingkatkan dana cabang komuniti masing-masing malalui perniagaan didalam pasaran equity, commodity, future, option, bond, forex dan lain-lain.

    12. Menggalakkan setiap cabang komuniti mengadakan “Club House” di setiap daerah atau negeri masing-masing.

    13. Menggalakkan setiap cabang komuniti menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanafaat dan wajar untuk semua ahli cabang tersebut dan jika mampu juga mengundang ahli dari cabang lain menyertai mereka.

    14. Menggalakkan ahli agar tidak menjadi pelajar gelap atau pencuri ilmu atau penyalahguna ilmu dengan menjadikan konsep ilmu yang diredhai dan diberkati itu adalah ilmu yang diterima secara baik, digunakan secara baik dan di bahagi-bahagikan dengan cara yang baik.

    15. Menggalakkan ahli agar sentiasa bersemangat dan berkerja keras hingga mampu terpilih menjadi ahli Elite Group.

    16. Menggalakkan ahli mengguna 1 setup chart yang sama bagi tujuan penyatuan pemahaman serta penyatuan sudut pandang semua ahli. Tetapi ahli bebas untuk mengguna setup masing-masing pada chart kedua atau seterusnya.

    --------------------------------------------------------------------------

    Diharap semua KGers membaca cadangan ini dan mempertimbangkannya. Jika ada usulan dan penambah baikan untuk cadangan ini, sila sampaikan tanpa ragu-ragu. Satu borang soal selidik dan pendaftaran semula semua pemakai konsep ini akan kami keluarkan tidak lama lagi.
    :cz07::cz07::cz07::cz43:
    Last edited: Sep 1, 2010
  6. avatar

    avatar New Member

    Messages:
    10
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    wasalam...
    bro krosli org mlk juga ke?

    mcm mn nk join skype?

    skype:mdavatar
  7. Azmifx

    Azmifx New Member

    Messages:
    7
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Terimakasih

    semoga sama2 succes:cz43:
  8. Azmifx

    Azmifx New Member

    Messages:
    7
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Nama-Nama ahli MFC (NICK NAME SKYPEE)

    1.Abd rahman
    2.azmifx1
    3.gudemofx
    4.zali90
    5.aura9697
    6.daus823
    7.hartandi
    8.mat-le
    9.positifenergy
    10.sufi malaya
    11.krosliklanas
    12.salim.supat
    Last edited: Sep 3, 2010
  9. paktamfx

    paktamfx New Member

    Messages:
    25
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    join MFC melaka ...

    kawasan bukit katil / jasin ....

    skype : mytradefx

Share This Page