" "

forexchief

Journal - Ibu_Yanti

Discussion in 'Jurnal Trading' started by Ibu_Yanti, Mar 21, 2012.

Share This Page

  1. Ibu_Yanti

    Ibu_Yanti New Member

    Messages:
    22
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Assalamualaikum kepada warga kgforexworld, sya ingin memohon jasa-jasa rakan-rakan di sini melihat prestasi kefahaman sya ini..

    Pertama sekalinya saya akan memceritakan segala kefahaman saya terhadap tool-tool yang diperkenalkan oleh KG, mengikut tool yang saya miliki samapai saat ini. Di antara tool yang saya miliki saat ini ialah sma, lsma, bb, kgbs, kg range, kg rdl. Setiap tool ini memberikan kepada informasi yang berlainan kerana setiap tool itu memiliki formula statistic yang tersendiri . Konsep statistik yang di gunapakai dalam tool itu ialah :

    Simple moving average di gunakan untuk mengukur rata-rata kecenderungan pergerakan harga mengikut sekolompok data yang di amati. Sekiranya posisi berada di atas nilai rata-rataya, kita berasumsi kecenderungan harga saat ini bergerak ke atas dan sebaliknya.

    Linear Regression Moving Average digunapakai untuk mendeteksi awal perubahan kecenderungan arah pergerakan harga. Dan ianya juga bertindak sebagai batas dinamik.

    Bollinger band ini digunakan untuk mengukur sebaran data harga terhadap nilai rata ratanya. BB ini mempunyai 3 bentuk iaitu mengembang, menguncup, dan mendatar. Dan proses bentuk ini bertahap-tahap.

    Setiap proses pembentukkan bb ini mempunyai makna yang tersendiri yang mana kita cuba fikirkan yang paling logis dan seobjektif yang boleh. Apabila kita melihat bentuk bb mengembang, di saat itu kita berasumsi penguatan harga sedang berlaku, atau transaksi yang di lakukan oleh pelaku pasar searah.

    Apabila kita melihat bentuk bb menguncup, kita berasumsi penguatan harga sedang berlaku dari kondisi sebelumnya itu. Di sini kita berasumsi minat perlaku pasar makin berkurang atau pelaku pasar sedang taking profit. Apabila bentuk bb mendatar, kita berasumsi kekuatan/ perbezaan volume transaksi pelaku pasar sama, atau berimbang.

    KGBS digunakan untuk melihat kesetimbangan buyer dan seller pada saat ini mengikut gelombang yang di amati. Dengan penggunaan batas KGBS ini kita dapat menentukan kondisi harga saat ini di dominasi oleh pelaku pasar mana. Sekiranya harga berada di atas kgbs bermakna buyer masih mendominasi tetapi seller juga sudah ada . Ketika ini buyer akan berusaha membawa harga sejauh mungkin, tetapi seller juga akan mengasak sehingga area ini kekadang harga berbolak balik. Sampai la salah satu dua kekuatan menang. Dominasi buyer akan habis jika harga berada di bawah kgbs.

    KG range digunapakai untuk membandingkan range pergerakan lalu unutk bisa diprediksi untuk hari ini. Mudah faham jika rata-rata ikan di suatu kolam ikan berbayar sebelum ini ada 2o ekor, tetapi saat ini kita ingin memancing, kita dilaporkan 15 ekor telah tertangkap. Di situ kita bisa berasumsi kebarangkalian untuk mendapat ikan perausannya kecil, dan mungkin sekali tidak berbaloi dengan ticket masuknya.

    KG RDL ini digunapakai untuk mendeteksi kesepatan area/ ranging area. Di sini kita bisa mendeteksi ranging area melalu konsep statistic. KG RDL juga bisa memberikan informasi maximum ordel level kepada kita. Pengunaan KG RDL hendaklah di pasang pada titik permulaan trending. Kenapa kita memasang pada titik permulaan trending ini kerana, kita ingin mendeteksi kondisi selanjutnya berdasarkan kondisi trending sebelumnya.

    Setakat ini saya telah menceritakan sebatas maksimum kemampuan saya terhadap tool-tool yang diperkenalkan oleh KG. Selepas itu saya ingin menceritakan istilah-istilah atau definasi yang terlibat di dalam pasaran forex ini. Sedia kita tau pola asas harga ada 3 jenisnya iaitu Trending up, Trending down dan Flat/ area.

    Jadi istilah bahasa seringkali digunapakai pada trader . Kini saya bahaskan lagi definasi ini dengan apa saya faham, kondisi trending ialah disebabkan akumulasi kumpulan transaksi searah . Manakalan Flat pula ialah kesepakatan area, yang mana ketika ini pelaku pasar sama-sama kuat, berimbang.

    Melalui bbma kita mendeteksi trending area melalui bila mana harga bermain di luar sd1 kemungkinan besar trending akan berlaku. Manakala area flat pula, bilamana harga bermain di antara sd1, maka itu kita bisa mengatarkan normal. Trending bisa juga dikatakan harga terdistribusi ubnormal tehadap nilai ratanya.

    Mengikut chart kosong kita mendifinasikan flat ialah area bila mana sekumpulan sususan candle / data harga bermain pada range yang tertentu, manakala Trending pula bila mana harga menjauhi dari kumpulan sususan candle/data harga tadi.

    OK. Kesemua kefahami definasi telah saya ceritakan, dan kini kefahaman saya terhadap prinsip harga. Harga bergerak kerana adanya perbezaan volume akumulasi yang dilakukan oleh manusia melalui 4 transaksi iaitu open position buy, close position buy, open position sell, close position sell. Bagaimana kita ingin mengenali jenis-jenis transaksi ini pada chart, sudah tentu dengan mengamati harga itu sendiri. Jika open position dilakukan harga cenderung bergerak menaik/menurun secara bertingkat-tingkat. Manakala jika close postion dilakukan harga cenderung bergerak laju dan tajam.
    Ok kini kita cuba mengenal bentuk transaksi di chart melalui penggunaan tool bbma sahaja.
    http://oi39.tinypic.com/j8fsrn.jpg

    OK sekarang ini saya mahu menceritakan pandangan saya terhadap aksi dan reaksi dari perilaku pelaku pasar melalui analogi terhadapat suatu perlawanan bola sepak berdasarkan gambarajah yang telah saya lukiskan itu :
    http://oi41.tinypic.com/zmk0n4.jpg

    Kita tahu di dalam sesebuah perlawanan bola sepak mempunyai dua pasukan yang saling akan berlawanan untuk menjaringkan goal yang terbanyak di dalam masa yang ditetapkan. Lalu titik permulaan bermulanya perlawanan bola sepak ini sudah pasti titik tengah padang. Di dalam pasukan ahli ini sudah tentu setiap pemain mempunyai kekuatan dan kemahiran masing-masing.

    OK acara bermula di titik tengah atau titik nol, setiap pasukan akan berusaha untuk membawa bola jauh dari titik tgh lalu menghampiri goal lawan masing-masing. Sekiranya bola telah bergerak separuh dari titik tgh itu, jurucakap akan mengatakan waa pasukan si A misalnya, menguasai perlawanan . Jurucakap ini mengolah informasi dari mana? Sudah tentu dari jarak titik tgh dgn jarak tiang gol. Dengan membandingkan posisi letak bola sepak dengan perbezaan jarak di antara tiang goal. Tetapi di sini, si Pasukan B masih mendominasi dan berusaha melawan pasukan A.

    Secara ringkas di sini kita mengetahui bahawa dari area titik tgh ke area goal keeper usaha perlawanan berlaku di antara pasukan masing-masing. OK gimana kita mengetahui terhenti perlawanan sementara atau kekuatan satu hala tuju berlaku. Ya udah pasti apabila ditangkap oleh goal keeper. Kerana apa, alasanya ialah dari posisi ini tekanan untuk membawa bola oleh satu pihak untuk kembali titik tgh atau terus maju ke goal lawan.

    Apa yang jelas proses ini akan berulang2 sehingga selesai perlawanan. OK jadi kesimpulan analogi ini saya terapkan di dalam konsep harga , untuk mempejelaskan lagi pengaruh kekuatan atau bagaimana kumpulan akumulasi terbentuk. Simplenya ialah, posisi bola dari titik tgh ke goal keeper memakan masa kerana ada dua usaha kekuatan, jika kekuatan sama, maka pegerakan bola jadi terbatas sehingga salah satu kekuatan menguasai pasaran, ini bergantung pada skill, Cuma di forex bisa kita katakan jumlah perbedaan volume akumulasi.

    Tetapi posisi bola di goal keeper ke titik tgh atau batas seterusnya cenderung lebih cepat, kerana kekuatan 1 hala, tidak dinafikan berbalik, kerana itu kita bisa mengatakan CENDERUNG. Jadi bgi saya apa yang penting As a retail trader kita perlu mengatahui kekuatan kita sampai mana, jadi pemilihan kedudukan op juga bisa mudah kita lakukan.

    Kalau di luar perniagaan sana, kita ini peruncit kedai biasa ngak mampu melawan dana-dana institusi besar2 yang mampu memgerakkan market. Dari scenario di atas, kita juga prediksi di mana cenderung posisi big boy lakukan, dan di mana taking profit mereka lakukan..Kita cuba membaca pergerakan harga dengan seobjektif yang boleh.

    Selasa (27.03.2012) - Update kefahaman sya ama kgbs-fit :


    Hari ini sya mahu menceritakan kefahaman sya terhadap KGBS-Fit utk intraday trader. OK kita tahu indi / tool yang terlihat dlm TS ini ialah KGBS HiLo, KG RDL , KG Range dan LSMA Daily.

    Kegunaan indi :

    KGBS Hi Lo ialah kita gunakan untuk mengindentifikasi Highest atau Lowest harian. Ini juga kita gunakan untuk prediksi sampai mana harga akan bergerak .

    KG RDL ialah kita gunakan untuk menidentifikasi area kesepakatan harian. Kita tau harga saat ini akan bergerak menuju ke arah area kesepakatan sebebelumnya dan membuat area kesepakatan baru.

    KG Range ialah kita gunakan untuk deteksi range harian.

    KG LSMA Daily ialah kita gunakan untuk sebagai acuan pengarah

    Kita tau di dalam konsep KG area flat adalah titik terbaik untuk melakukan entry . Iya benar kerana kalau kita fikir logis selepas berlakunya area kesepakatan ini hanya ada dua kemungkinan sahaja sama ada trending down ataupun up. Iya itu shaja . Persoalan di sini ialah area kesepakatan yang macam mana bisa kita manfaat itu?

    Alhamdullilah dgn adanya tool KG RDL lebih mudah kita deteksi area kesepakatan. Ingat bahawa titik entry terbaik berada di area kesepakatan. Tetapi itu ngak bererti bahawa setiap area kesepakatan itu memberikan kita peluang entry. Yang dikatakan terbaik itu ialah titik entry sahaja.
    Jadi gimana kita mahu mendapat titik entry yg terbaik?

    OK berdasarkan kefahaman sya yg ada ialah kita perlu merangkum semua informasi dari semua tool yang terlibat. Ok bagaimana sya bermula membaca jalan cerita harga satu pair itu melalui KGBS-Fit.

    Sederhananya begini, kalau kita mahu trading hari ini pasti kita menggunakan data harga kelmarin. Iya benar sama sekali kerana sesuai sya sebagai intraday perlu ketahui jalan cerita kelmarin terlebih dahulu. Soalnya kalau disebut jalan cerita itu tanpa patokan bgi sya subjektif banget lebih2 lagi sya ini hanya mampu buat analisa yang sederhana sahaja.
    Ok jalan cerita sya bermula pada pembentukan akhir highest atau lowest kelmarin kalau sya trading hari ini. Jadi saat harga membuat H/L yg terakhir itu akan wujud dua kemungkinan titik awal iaitu kemungkinan besar awal retrace atau awal reversal. Yang pastinya di sini ialah titik AWAL. Dan titik awl ini bisa sya manfaat utk strategi skenario 1 dan skenario dua…kerana pada kondisi ini volume transaksi cenderung membesar. Bahasa mudah pergerakan besar akan berlaku.hehehe

    Cth kelmarin harga membuat highest baru dan kgbs hi itu bergerak dinamik kerana harga masih mencuba membuat yang baru…dan sampai satu saat garis kgbs hi sudah mendatar….nah ketika itu kita dapat tahu bahawa harga udah ngak mampu bermain di atas H sebelumnya…pelemahan udah kelihatan…TETAPI persoalannya adakah pelemahan ini berlanjutan ataupun tidak?

    Ini persoalannya…ok ketika ini kita amati posisi RDL skrg ini. Kerana apa.? Kerana kita tau apabila apabila pelemahan berlaku RDL akan mengikut atau mengidentifikasi area kesepakatan baru. Ingat kembali area kesepakatan baru dibuat ini terhasil dari proses pembentukan H kelmarin. Cerita hari ini bersambung dgn kelmarin H ya. OK ngerti sampai situ.

    Jadi skrg ini kita amati posisi harga di RDL gimana? Jika posisi harga pada hari ini berada di bwh RDL ini menunjukkan perubahan pelemahan itu sgt jelas. Lalu gimana mengukuhkan lagi bahawa ini akan terus berlanjutan turun. Iya amati arah LSMA Daily.

    Jadi skrg ini sya kira ngak ada masalah lagi berhubung rule sell/buy sedekat dgn lsma..kerana yg penting ialah kita mahu entry di titik area kesepakatan. Lsma itu berhubung risk yg dinamik ajer. Sekiranya lsma menyokong ini menunjukkan bahawa jalan cerita hari ini bersambung daripada kelmarin?

    Kerana apa sya ckp…kerana kelmarin udah ada buyer dari mana kita tau,,,senang ajer itu buktinya harga naik..hehhe jadi kalau udah ada buyer semestinya ada seller kemudian itu. Soalnya titik awl tadi ya..kita mahu jadi asumsi awal seller. Ya seller pasti akan berlaku semasa proses itu terjadi cumanya ia lakukan retrace kecik atau sebesar mana..heheh.ini sebetulnya kita bisa deteksi melalui tarikan area kesepakatan lalu.

    Kalu ada pertanya bila seller ini mahu entry itu ngak ada yang tau yg kita boleh buat ialah monitor pergerakan itu. Katakan kelmarin buyer udah ada kemudian sya bilang selepas ini adanya seller...tapi koknya hari nie makin naik makin naik ini...heheh..ok tenang ajer kita kan ngak tau harga pergi ke mana kan? sya tlg jwb iya...tetapi adakah titik patokan H kelmarin udah ngak berguna? salah ia amat berguna sekali kerana atas faktor kewujudan seller asumsi kita itu. Cuba amati harga lepasi highest dan kemudian lepasi keesokkan harinya lagi walhal harga berada di atas RDL lagi..utk hari ini dia bermain di atas Highest dan terus naik lagi..sampai satu saat dia akan jatuh menjunam pergerakan yg tajam..

    Kalau di luar sana mereka sering kali memanggil "Divergence"..hheeh...apa yg penting itu ialah cerita kita tetap bersambung dari 1st Highest/atau 1st patokan kita.hehe. Kalau KG bilang sideway sama trending ialah bagaikan saudara kembar..jadi sya mahu nambah satu lagi…buyer dan seller itu juga sama persis saudara kembar,,ganti bergantian…hehehhe

    Berbalik penjelasan di atas kita bisa sell bagaimana TP SL..ok kesemua ilmu KG itu rata2nya bersifat dinamik…maka semua pemikiran kita tindakan kita itu juga harus dinamik juga.. Menurut pandangan sya kenapa kita perlu dinamik ini kerana kita peka terhadap perubahan harga semasa. Dan pada pandangan sya jika failed pada analisa 1 kita ,,,kita bisa mudah menukar kepada skenario 2 atas sebab deteksti titik awl tadi lah sama ada gelombang awal ker, retrace ke, reversal ke..gitu sederhana sya fahami gimana membaca melalui kgbs-fit.

    Saya ulangi sekali lagi gimana baca, amati H/L kelmarain jika tradingnya hari ini. Kerana itu sya anggap episode 1 cerita harga saya sesuai sya seorg intraday. Dan amati posisi harga pada RDL dan LSMA…seleps itu susun dua strategi. Gitu ajer dehhh..sya mohon koreksi sama teman2 utk kita saling lengkap dan melengkapi kelemahan diri antara satu sama lain. Nanti sya kasi dlm bentuk chart..

    Ok di sini sahaja kemampuan konsep KG yang saya miliki untuk saat ini. Semoga bermanafaat kepada kawan-kawan.

    Sekian,
    Ibu_Yanti

    -----------------------
    Tidak Setiap Entry itu semestinya pada batas SEMATA-MATA. TETAPI yang semestinya , perjalanan entry itu bergerak dari batas membawa ke batas yang lain.
    -Ibu_Yanti
    Last edited: Apr 7, 2012
    " "
  2. Mclemanz

    Mclemanz New Member

    Messages:
    256
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    0
    Reserved...:4::4::4:
  3. PSP

    PSP Member

    Messages:
    119
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    18
    nongkrong di pejwan...ijin menyimak ibu..:16:
  4. zhunnda

    zhunnda Member

    Messages:
    32
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    8
    Ikut belajar bu...semoga ketularan pinter :63:
  5. baraya

    baraya Active Member

    Messages:
    3,107
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    38
    Menunggu updatenya dari Bu Yanti... ( jadi inget guru matematika saya sewaktu smp :113: )
  6. kristal87

    kristal87 Member

    Messages:
    650
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    18
    mohon izin nyimak
  7. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    489
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    18
    terbaikkkkkkkkkkkk.

    Waalaikumussalam Ibu_Yanti.....

    Kefahaman Ibu_Yanti sungguh tepat dan menepati cara baca tool-tool KG.
    Sepertinya Ibu_Yanti ni adalah golongan Otai-Otai ni.
    Walaupun menjelaskan secara ringkas tetapi ringkasannya sangatlah mantap...

    Sudilah kiranya Ibu_Yanti lanjutkan lagi cara penggunaan sebelum,semasa dan akan datang. Cara pemahaman Ibu_Yanti, saya yakin anda dapat menangkap cara mendekati pergerakan selanjutnya.

    Saya ini seorang insan yang dahagakan ilmu bagi memperkuatkan lagi cara berfikir seorang trader yang mantap.

    Izinkan saya mentelaah apa yang akan di sampaikan nanti oleh Ibu_Yanti.

    Ayuhhhh.....
    Perkembangkan lagi kefahaman Ibu_Yanti.
    Biar lagi mantap dan murah rezeki.......Insyaallah.

    Bergeraknya harga kerana adanya posisi buy atau sell.
    Lanjutnya harga kerana rata-rata memilih posisi itu.
    Terhentinya harga kerana jenuh,kerana pembuka posistion sudah tidak menyukai harga saat itu dan dengan terpenuhnya range yang boleh dianggap sebagai kemampuan pergerakan mengikut acuannya.


    Ibu_Yanti terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
    Last edited: Mar 22, 2012
  8. DISS

    DISS Member

    Messages:
    45
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    6
    Ikut nyimak juga Mak Cik...
  9. Ibu_Yanti

    Ibu_Yanti New Member

    Messages:
    22
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Terima kasih kepada semua teman-teman di sini memberikan sokongan kepada sya. Sebenarnya seram banget nie kerna ini pertama kali sya membuka journal dan penulisan sya dibaca oleh org ramai...Kerana kalau bab2 menulis ini..dulu semasa di sekolah sya failed abis..Malu ah...tetapi kerana sejak kebelakangan ini prestasi trading sya merosot sama sekali sehinggakan lilin sya mahu terpadam..hehhe.. lalu solusinya sya mencuba bergabung di #kgbs_fit,,,di sana sya bertemu momy Drentaga. Atas saranannya itu sya disuruh membuka journal..InsyaAllah minggu dpn sya cuba posting op dan memberi pandangan sya...makasih yang amat kepada semua Kgers2 di sini baik yg udah senior ataupun junior...
  10. Family Man

    Family Man New Member

    Messages:
    161
    Likes Received:
    2
    Trophy Points:
    0
    Ijin menymak bu..

Share This Page