" "

forexchief

Belajar Memahami Pergerakan Harga ala KG.

Discussion in 'Jurnal Trading' started by Ridzuan, Jun 19, 2013.

Share This Page

  1. Ridzuan

    Ridzuan New Member

    Messages:
    13
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Bismillah....Dengan nama Allah.
    Assalamualaikum......
    Selamat sejahtera...
    [​IMG]
    Para-para trader yang hebat dan mantap...(KG and Kgers).
    Semoga sentiasa sukses walau apa jua cara anda trade......
    Untung rugi...
    Jatuh dan bangun.......
    Itu semua lumrah seorang trader.......
    Ada yang bisa profit dan ada juga yang bisa loss memanjang...
    Dan ada juga yang MC selalu......

    Cita-cita seorang trader seperti sayalah...
    Walau apa jua pun cara.....
    Hasilnya adalah keuntungan....
    Jadi trade bukannya utk membuktikan analisa bagus...
    Tetapi trade adalah untuk mencari keuntungan dalam bisnes...
    Dengan berusaha analisa untuk mencari kecenderongan arah harga yang bisa sama-sama mencari kesimpulan yang berprofit....

    Catitan yang bermula saat ini adalah bertujuan belajar dan memahami....
    Iaitu Belajar Memahami Pergerakan Harga ala KG.

    Setelah baca-baca dari mula KG menulis di Forexindo hingga KGforexworld....
    Point Utama yang saya dapat untuk memahami pergerakan harga adalah ARAH dan BATAS.

    Point ini telah dihuraikan dengan panjang dan lebar sehingga terciptalah pelbagai Indikator untuk mendapatkan kecenderongan harga saat ini.


    Banyak-banyak Indikator...
    Saya amat gemari indikator KGBS dan KGLSMA, lebih jelas lagi yang telah ditulis oleh KG iaitu KGBS TS.

    Arah = KGLSMA.
    Batas = KGBS.

    Saya ingin belajar di sini dengan indikator ini agar memahami pergerakan harga yang sedang terjadi dan kecenderongannya ke mana......

    Manifesto KG sangat jelas iaitu.....
    Kita tidak tahu secara pasti harga akan bergerak ke mana setelah saat ini.....

    Jika ada informasi yang salah saya tuliskan, berbanyak minta maaf saya pohonkan kerana saya masih belum bisa sepenuhnya memahami pergerakan harga untuk simpulkan kecenderongannya ke mana setelah saat ini.

    Dikesempatan ruangan ini, saya akan cuba berusaha sedekat mungkin menganalisa harga sedang terjadi untuk mencari sebaik mungkin kecenderongan harga yang akan terjadi........

    Harap KG dan Kgers merestui saya untuk Belajar Memahami Pergerakan ala KG.

    :cz26::cz07::madeca:
    Last edited: Jul 8, 2013
    " "
  2. waruwu1303

    waruwu1303 Member

    Messages:
    380
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    18
    welcome bro.. selamat buat jurnal barunya.

    semoga dengan jurnalnya bisa semakin melatih kita, untuk memahami tiap maksud dari Konsep yang diajarkan oleh KG. :113:
  3. sclap?

    sclap? New Member

    Messages:
    16
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    3
    Ikut Gabung

    Mantap Bro Ridzuan,
    Ikut gabung yah. Kebetulan masih bolak balik dari rumah lama ke rumah baru nih...he..he.. Semoga moment AHA nya cepat dapet. Amin
  4. ID_OT

    ID_OT Member

    Messages:
    64
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    8
    :111: ID_OT sebagai KGers paling ganteng di forum ini menyatakan "Selamat dan Sukses atas pembukaan Thread ini".
    :4: ID_OT pun memohon ijin untuk belajar disini (sekalian nyari inspirasi):9::9::71:

  5. Ridzuan

    Ridzuan New Member

    Messages:
    13
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Dengan Ucapan Terima kasih...

    Terima kasih Bro waruwu1303 kerana sudi mampir ke Jurnal saya.....
    Jurnal ini hanya sebuah catitan dan bukan niat utk mengajar....
    Saya ingin memulakan belajar cara bagaimana memahami pergerakan harga.....
    Maaf jika ada kesilapan dalam tulisan saya....
    Saya masih belum bisa dengan Istilah memahami pergerakan harga....:5:


    Silakan Bro sclap...
    Ini Ilmu Allah swt yang jadikan saya hanya sebagai pengulangan dari owner sebenarnya iaitu KG.
    Jika salah apa yang saya sampaikan bermakna itu adalah kelemahan saya....

    Silakan Bro ID_OT...
    Ini Ilmu Allah swt yang jadikan saya hanya sebagai pengulangan dari owner sebenarnya iaitu KG.
    Jika salah apa yang saya sampaikan bermakna itu adalah kelemahan saya....

    ______________________________________________________________



    Sahabat semua....
    Saya di sini sebagai belajar....Dan mungkin saya tidak mampu menjawab soalan-soalan jika di tanya.....

    Minta maaf terlebih dahulu........

    Saya hanya akan buat catitan sebagai pemula...........
    Dan akan sendiri terjawab apakah saya mampu utk menguasai yang sebenarnya dalam memperdagangkan mata wang........

    Bukan Analisa yang bagus ingin di fokuskan...........
    Objektif dalam belajar adalah utk mencapai bagaimana layaknya seorang trader dalam bisnes forex........

    :113::113::113::113::113::113::113::113::113::113::113:
  6. Ridzuan

    Ridzuan New Member

    Messages:
    13
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Catitan Pertama.

    Bismillah....Dengan nama Allah.
    Assalamualaikum......
    Selamat sejahtera...

    Objektif adalah bagaimana memahami pergerakan harga.....
    Sebelum capai objektif memahami pergerakan harga, terdapat beberapa proses yang perlu di ketahui...

    Terlebih dahulu perkara asas atau basic dalam memahami pergerakan harga iaitu:.

    Mengenali pergerakan harga.

    Perkara yang perlu dikenali iaitu jenis-jenis atau kondisi pergerakan harga.
    Seperti mana yang KG telah nyata dan tunjukkan bahawa harga bergerak adalah 2 jenis iaitu sideway dan trend. Trend terbahagi kepada 2 iaitu trend up dan trend down....
    Jika harga bergerak sideway, selapas itu harga akan bergerak trend dan jika harga bergerak trend maka selepas itu harga akan bergerak sideway....
    Pergerakan ini akan berulang-ulang sehinggalah akan mencapai harga tertinggi atau harga terendah seperti mana yang kita nampak pada chart........

    Daripada kondisi ini, maka kita akan mengenali pergerakan harga berbentuk Pola iaitu....
    Empat Pola Pergerakan Harga Yang Sering Terjadi Dalam Chart.......
    Pola Pergerakan harga ini Basic dan adalah satu Informasi besar utk Bahan Analisa.

    [​IMG]


    Catitan ini masih dalam pembelajaran dan mungkin benar atau salah saya tulis....
    Satu hal lagi...
    Saya tulis ini adalah hasil dari baca-baca sama ada tulisan KG atau pun teman-teman senior di dalam forum...
    Jika ada yang salah ini bermakna kelemahan saya....
    Berbanyak maaf di pohonkan.......

    Insyaallah akan dilanjutkan tulisannya.......
  7. Ridzuan

    Ridzuan New Member

    Messages:
    13
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Sambungan catitan pertama.

    Dalam catitan pertama, konteks memahami pergerakan harga iaitu bentuk pergerakan harga.
    Apa yang saya sedang fikir dari hasil KG tulis dan teman-teman senior bentuk pergerakan harga yang familiar disebut iaitu kondisi dan juga pola harga. Majoritinya mengulangi hal ini yang pada mulanya dinyatakan oleh KG bermakna boleh dikatakan majoriti Trader setuju akan hal ini sebagai bentuk pergerakan harga..
    Ini telah menjadi point untuk saya bahawa dalam memahami pergerakan harga, saya perlu mengenali bentuk pergerakan harga.


    Apa itu bentuk pergerakan harga ?..

    1.) Kondisi pergerakan harga.

    => Ia dikenali sebagai pergerakan trend dan pergerakan sideway. Dua pergerakan inilah yang sentiasa berulang-ulang dalam chart(Treand Up, Trend Down dan Sideway )....

    2.) Pola pergerakan harga.
    => Pola pergerakan harga ini adalah hasil dari kondisi harga. Ini menunjukkan ia saling berhubungan. Bermakna adanya bentuk pola harga kerana terbentuknya kondisi harga.

    Mengenali bagaimana terjadinya bentuk kondisi harga.

    1.) Contoh Trend Up.
    => Trend Up dikenali apabila harga bergerak dalam range yang membesar iaitu dari low menuju ke atas utk membentuk high, selama mana pergerakan ini jika high baru lebih tinggi dari high sebelumnya dan low baru lebih tinggi dari low sebelumnya kita akan kelihatan pergerakan trend Up akan sentiasa mencipta high baru.

    Seperti mana gambaran Trend Up chart di bawah.
    [​IMG]

    2.) Contoh Sideway.
    => Sideway dikenali apabila harga bergerak dalam range sedang mengecil iaitu pergerakan dari high ke low jika ia sebelum ni dari Trend Up, selama mana pergerakan sideway dapat kita lihat bahawa high dan Low saat ini tidak mampu melebih High dan Low sebelumnya. Dapat digambarkan juga seperti harga dikelilingi oleh diding atas dan bawah dan sedang berusaha menembuskannya utk berubah kepada trend.

    Seperti mana gambaran Sideway chart di bawah.
    [​IMG]


    Mengenali bagaimana terjadinya bentuk pola harga.

    Bentuk pola ini saya pinjam dari jurnal teman sebelah..Gambaran pola lebih kurang beginilah seperti mana di bawah ini.

    KATA KANG_GUN.....

    Pola Pergerakan harga ini Basic tetapi ramai yang memandang rendah, padahal ia adalah satu Informasi besar utk Bahan Analisa.

    Empat Pola Pergerakan Harga Yang Sering Terjadi Dalam Chart.
    [​IMG]

    POLA 1.
    [​IMG]



    POLA 2.
    [​IMG]




    POLA 3 dan POLA 4 adalah sebaliknya lah.


    Tulisan di atas ini dari anak-anak newbiuew seperti saya... Sangat basic tulisan ini... Basic yang ingin saya memahami pergerakan harga....Mungkin teman-teman rasa bosan membacanya..Minta maaf ya...
    Jika salah apa yang saya tulis bermakna kefahaman saya belum cukup taraf seorang trader yang mantap seperti anda.:105::70::41:
    Last edited: Jul 2, 2013
  8. FXri

    FXri Well-Known Member Staff Member

    Messages:
    2,138
    Likes Received:
    72
    Trophy Points:
    48
    bagus neeh penjelasannya Om...
    ijin menyimaks ya Om :maling:


    lanjut Om__________ :ngacir:
  9. Kolor Ijo Ef Ex

    Kolor Ijo Ef Ex Member

    Messages:
    165
    Likes Received:
    5
    Trophy Points:
    18
    rapih bener Jurnalnya...
    jadi enak belajarnya nih...:113:
  10. Ridzuan

    Ridzuan New Member

    Messages:
    13
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Welcome Bro.....

    Catitan saya ini sekadar mencari kefahaman untuk diri saya...
    Apa yang salah adalah kelemahan diri saya.

    Forex adalah sebuah bisnes..
    Trader/trading adalah jawatan atau job functionya.

    Beberapa persoalan sering berlaku bagaimana untuk saya jadi seorang trader..
    Apakah pada toolnya ????
    Apakah pada gurunya????
    Apakah pada dirinya ????

    Kita lihat seorang guru lepasan S2 atau profesor.
    Mengajar anak muridnya 40 orang....
    Apakah kesemua 40 orang itu pekerjaan bagus-bagus kerana gurunya lepasan tinggi.
    Jawapannya belum pasti....
    Apa yang tepat jawapannya.
    Murid-muridnya mendapat ilmu, cuma beza apakah kemua itu memanfaat atau buat kepala sendiri.
    Sudah menjadi lumrah manusia bahawa kita semua tidak sependapat dalam semua hal.
    Walaupun hal itu betul, kerana adanya manusia bersifat negatif dan positif thinkingnya.

    Kepikiran saya dalam satu tulisan seorang rakan yang telah mneyusun tahapan seorang Trader...

    Di mana tahapan saya....
    Recent Posts

    Tahap Seorang Trader
    4:55 AM Posted by uncelblack




    KEPADA TRADER FOREX DAN SAHAM BAIK YANG BARU ATAU YANG MAHIR WAJIB BACA ARTIKEL INI, TRADER & DIMANAKAH SAYA…

    Apakah profesion seorang trader menjanjikan pulangan yang lumayan?
    Kenapa kebanyakan trader banyak yg rugi?
    Kenapa ramai yang bermain forex dan saham selalu rugi?

    INI ADALAH TAHAP/TINGKATAN SEORANG TRADER UNTUK MENJADI SUKSES BERMAIN DI FOREX DAN SAHAM .

    Level 1- Unconscious Incompetence

    Mencari broker dan mula membuka akaun, disinilah kamu bermula. Kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang director. Lagi pula bila mana kamu mula bermain di akaun demo telah mendapat profit yang berganda-ganda, lalu apa susahnya?.

    Kamu mungkin mendapat profit dengan hasil yang menakjubkan 100 pip sampai 200 pip per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck sahaja. kamu pada awalnya tidak akan percaya, dengan hanya menggunakan 1 indicator saja, atau dengan hanya membeli ebook atau pun robot dari internet atau dari individu-individu tertentu kamu berupaya mendapat profit.

    Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang sukses hanya dengan faktor LUCK. loss demi loss menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin habis, siapa yang boleh tahan?.

    Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak pandai bertrading, kamu tetap mengira kamu boleh bertrading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan lepas profit?, tahun ini profit? .

    Kamu tetap mengira bahawa kamu adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu “ANGER” pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh “GREED”, kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / “FEAR”. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita.

    90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya kapok, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka, sebahagian lagi moralnya jatuh, mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila, dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi.
    Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka “executor”.
    90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sedar dan pindah ke level 2.

    Trader Level 2

    Level 2 - Conscious Incompetence

    Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh bertrading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Dan kamu tahu penyelesaianya, kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara nyata.

    Di level ini kamu akan mencari holy grail ( ssstem yang sempurna, ssstem yang 100% profit, sistem yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli sistem yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europe sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktiskan semua sistem yang kamu perolehi, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minum.

    Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indicator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, camarilla pivot, deMark, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya.

    Kamu tahu bahawa market terlalu rumit untuk di analisa hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya.

    Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan ***** pada trader senior. kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.
    Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan kamu.

    Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.

    Level 3 - The EUREKA Moment

    Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit bahkan jika hanya menggunakan sistem yang simple seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh mengawal emosi kamu dan money management yang benar.

    Kamu mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan keraktor yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah Level “Pencerahan”.

    Level pencerahan ini membuat otak kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu membuat analisa yang tepat, apa yang akan terjadi pada market 30 minit, 1jam , 4jam kemudian.

    Kamu mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan keraktor kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.

    Kamu mulai trading jika kamu tahu kebolehan untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari sistem kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah dapat menjaga risiko semasa bertrading.

    Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh membuat analisa dengan tepat, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkat kebolehan profitnya kerana kamu tahu sistem kamu itu sistem yang profit.

    Kamu secara seketika menyedari bahwa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan money management kamu. Dan kedisiplinan kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi.

    Kamu mempelajari tentang money management, 5% risk, dan hal lainnya. dan hal ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama padamu dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum siap namun sekarang kamu siap.

    Di level pencerahan, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan pergerakan market, kerana memang tak seorang pun boleh berbuat begitu.

    Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.

    Trader Level 4

    Level 4 - Conscious Competence

    Okey, Sekarang kamu hanya trading jika dan hanya jika sistem kamu memberi signal.
    Kamu cut loss sama banyaknya dengan take profit. kerana kamu tahu sistem kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah “risk management” iaitu max 2% dari account kamu.

    Di level ini kamu mulai target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Dan hal itu pada akhirnya mampu kamu lakukan.
    Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money management yang kamu pegang.
    Level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan.

    Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.

    Trader Level 5

    Level 5 - Unconscious Competence

    Nah sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh trading secara bebas, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh “Dancing with the Market”, kemanapun arah market pergi, kamu telah open di posisi yang benar, jadi kamu tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

    Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level “utopia”, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap-tiap hari, dari kumulatif profit yang kamu perolehi.


    Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu tahu dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu.
    Kamu akan memberikan nasihat kepada mereka, namun kamu tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1.

    Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang , dan menjadi penghuni tetap disana.

    Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri, kamu boleh trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal.

    Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini.

    Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata “SAYA SEORANG TRADER”.

    Dan bagaimana atau kenapa saya belum bisa capai tahapan paling cermelang...
    Apakah salah pada toolnya?
    Apakah salah pada Gurunya?
    Jawapannya adalah diri sendiri yang salah.......:102::102::102::102:
    Last edited: Jul 3, 2013

Share This Page