" "

forexchief

Belajar analisa kecenderongan arah dan batas-batas pergerakan harga

Discussion in 'Jurnal Trading' started by Nik_R, Sep 12, 2012.

Share This Page

  1. Nik_R

    Nik_R New Member

    Messages:
    4
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Bismillahirrahmanirrahim...
    Assalamualaikum.........


    Aku terasa pengen nulis.
    Nulis apa yang ada dalam kepala otak aku.
    Benar atau ngak benar aku tak pasti.
    Sama erti tak pastinya aku harga sebenarnya mahu ke mana.

    Dasar yang aku pengen nulis adalah seperti titlenya.
    Dua perkataan ini iaitu Arah dan Batas apa yang aku paham merupakan penyebabnya
    tersebar sangat luas, lebar, terbina dan sambung menyambung bagaimana usahanya untuk mencari sedekat-dekatnya kecenderongan pergerakan harga.

    Aku sangat berbangga dan bersyukur dapat mempelajari ilmu Guru Kang_gun yang membuatkan otak ku berfikir benar tentang bagaimana memandang pergerakan harga.
    Dan juga teman-teman lain yang sentiasa share dan menambahkan lagi pencerahan-pencerahan.

    Apa yang aku ingin tulis semuanya sudah ada yang sebenarnya.
    Aku cuma nulis ulang-ulang apa yang teman-teman sudah tuliskan.
    Pencapaian aku dalam bisnes forex masih dalam takuk, tahap atau level pemula.
    Kerana aku belum lagi bergelar trader yang mampu jadikan bisnes forex ini sebagai full time.
    Sekarang masih part time, ntah sampai bila part time aku pun tak tahu.
    Mula aku kenal dulu ingatnya senang, rupanya sampai sekarang aku belum senang apa yang aku ingat dulu.
    He he he he...bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.
    Kalau kail panjang sejengkal, jangan banyak berangan-angan.

    Anggaplah jurnal ku ini sebagai jurnal pemula ya.

    [​IMG]


    Perjuangan belum selesai.....

    Kelmaren aku Buy, harga naik dan capai TP yang aku tetapkan.
    Hari ini aku buy, harga naik tetapi naiknya sedikit turun nya lebih banyak.
    Hal inilah yang sering bingunkan aku, emosikan aku dan perbodohkan aku.
    Saat inilah aku jadi tiada keputusan tepat, mahu cut loss ke, mahu hold ke atau tutup computer mengharapkan sesuatu.
    Yang pastinya bila terjadi sebegini, aku akan mencari pendokong lain untuk menjadikan kesalahan aku itu benar dan kerugian itu sementara.
    Tetapi hakikat yang sentiasa aku alami, MC jawapan terakhirnya.........
    Apabila terjadinya MC, maka terciptalah TS baru dan susun semula straterginya.
    Yang aku hairan, sampai sekarang aku mengulanginya dan sentiasa mengulangi lagi.
    Ntah berapa banyak trading system sudah aku gunakan dan ntah berapa banyak aku sudah depositkan.
    Yang aku hairan juga kenapa sampai sekarang aku masih belum serik atau belum perit dengan apa yang aku alami dalam dunia forex.
    Aku ada mendengar satu ayat yang mengatakan bahawa selagi kita berjuang selagi itulah selagi itulah kita berusaha mencapainya dan selagi kita melibati dalam dunia forex maka selagi itulah kita masih ada peluang utk kita capai apa yang kita inginkan dalam bisnes forex.
    Apakah benar ayat ini.
    Sampai sekarang aku masih belum sampai apa yang aku inginkan.
    Tetapi hati kecilku masih belum mengalah.

    Maka sebab itu aku jadi pengen nulis.

    :madeca::madeca:
    " "
  2. Nik_R

    Nik_R New Member

    Messages:
    4
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Pengen nulis aje.

    Baru aku tahu Forex ni adalah satu bidang bisnes bukan seperti bisnes yang ada diluar sana.
    Kalau ilmu tidak cukup didada, kalau pengalaman secepuk sahaja, kalau pemalas, kalau suka berlagak, kalau hanya suka tipu diri sendiri, kalau takut dikatakan tak pandai atau bodoh, kalau diluar sana tidak jujur, kalau pendirian tidak tepat, kalau suka buat benda salah, kalau menolak kebenaran, kalau hanya pandai teori tetapi bab pratikal tidak sepandai dengan teori dan kalau apa-apa lagi.
    Maka penguasaan dalam ilmu bisnes Forex sukar untuk di lengkapi.
    Pada aku, penguasaan ilmu Forex yang terpenting adalah jujur dengan kemampuan diri sendiri. Iaitu lakukan apa yang tahu dan fahami serta terima apa jua yang akan di hadapi.

    Apa yang aku sedari, alami dan hadapi. Seringkali aku bila berada dalam buka posisi, aku sentiasa mengharapkan apa yang aku buka itu menepati perjalanannya. Jika posisi aku itu berlawan dengan pergerakannya, aku akan mencari bagaimana untuk tidak menyalahkan posisi aku itu yang sedang salah.
    Hal ini sentiasa berulang-ulang walau pun sering kali aku hadapi. Sampai ketahap daripada ada stop loss hingga stop loss dihapuskan dan mengharap hingga tinggal harapan dan menyebabkan MC terjadi, pada hal lebih 10 kali sudah capai TP dan hanya sekali tidak mencapai TP sekali gus mengalami MC.

    Apakah aku tidak ada stratergi? Sudah aku susun sebelum aku buka posisi. Kenapa masih ini terjadi? Apa yang jelas aku nampak pada kelamahan aku adalah emosi. Emosi yang lumrahnya manusia memilikinya. Cuma pengawalan emosinya buka semua orang dapat mampu mengawalnya. Mungkin aku tergolong dalam kategori orang yang tidak boleh mengawal emosinya.

    Apakah itu emosi?
    Emosi adalah satu perasaan.
    Perasaan apa?
    Perasaan ketidak puas hati.
    Apa yang tidak puas hati?
    Kerana sebab hati manusia tidak ikhlas.
    Ikhlas menerima dan ikhlas memberi.
    Merima apa yang diterima sama ada baik atau buruk.
    Memberi apa yang diberi sama ada rela atau terpaksa atau memaksa.

    Mungkin aku adalah manusia yang tidak ikhlas dalam bertrading.
    Kerana aku hanya mahu menerima keuntungan sahaja dan tidak menerima kerugian dalam akaun aku. Ini membuatkan aku terpaksa menahan apa yang salah aku lakukan sewaktu trading sehingga memaksa aku terpaksa dan akhirnya membuat aku rela MC.
    Inilah menyebabkan aku kekal bukan seorang trader bisnes Forex, aku hanya bermain seperti anak-anak atau kanak-kanak bawahan umur atau dengan sebutan main Forex, hanya main-main. Tidak serius dan tidak menghargai setiap apa yang berharga.
    Ramai di luar sana yang berjaya, tapi aku masih ditahap pemula.
    Apakah aku tidak sama seperti mereka di luar sana?
    Aku sama dengan mereka tetapi aku tidak sama dengan diri mereka.
    Aku adalah diri aku yang sedang cari di mana kemampuan aku.
    Allah swt tidak memberi cobaan atau dugaan kepada manusia di luar kemampuan mereka, dengan sebab itulah aku masih boleh hidup sampai sekarang. Jika Allah memberi cobaan dan dugaan diluar kemapuan aku bermakna sudah kiamatlah dunia ini.. Jadi di sini bermakna aku mampu mengatasinya. Cuma aku belum diizinkan oleh Allah swt menemui kemampuan aku untuk mengatasinya.
    Maka aku masih mencari, mencari sehingga diizinkan.
    kerana Allah swt maha pemberi.

    Aku hanya pengen nulis, nulis apa yang terjadi dan terlintas dalam benak fikiran aku.



    ha ha ha:))):))) ha ha ha:))):))) ha ha ha :))):))):))).

    Baca saja ya, jangan reply atau apa-apa.
    aku cuma pengen nulis bukan menjawab.

    ha ha ha:))):))):))) ha ha ha:))):))):))) ha ha.ha :))):))):)))

    kerana aku pemula................................dan aku tak tahu nak jawab:69::69::69::69::69::69:

    [​IMG]
  3. Nik_R

    Nik_R New Member

    Messages:
    4
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Belajar Analisa Arah dan Batas Pergerakan Harga.

    Insyaallah aku ingin mula mencuba merajinkan diri aku untuk menulis analisa semampu waktu yang ada .:5: Pada pendapat aku, dengan cara menulis ulang dapatlah memahirkan apa yang di pratikkan.
    Apa yang aku dapat simpulkan dalam menceburi bidang bisnes Forex ia memerlukan kekuatan diri.
    Kekuatan diri dalam terus menerus mempelajari Ilmu berkaitan Forex.
    Kekuatan diri dalam melatihkan diri agar mempunyai kesabaran, keikhlasan dan keyakinan.

    Bagi aku, kerana aku ini pemula. Ilmu harus dipratikkan. Teori saja tidak mencukupi untuk aku bisa menyimpulkan posisi kearah kebenaran pergerakan harga. Bukan maksudku 100% benar. Tetapi lebih cenderong kepada arah benar.
    Di sebabkan harga ini dinamis atau flexible, dengan pastinya suatu masa akan berlawanan dengan analisa. Jadi hal di sini harus menerima keadaan ini dan berusaha seminima kerugian.

    Guru Kang Gun sentiasa memperingati bahawa kita tidak tahu secara pastinya harga mahu bergerak ke mana. Jadi, di sebabkan hal ini maka kita juga perlu bersiap segala kemungkinan dengan cara kita juga menganalisa untuk sebaliknya.

    Arah dan batas adalah pengukuran yang logik dan masuk akal bagi aku utk mengukur pergerakan harga yang telah terbentuk dan yang sedang membentuk. Kecenderonganya berpihak ke mana adalah dari 2 hal yang kita perolehi itu. Kebenarannya tidak pasti. Cuma apa yang aku faham, mencari pendekatan untuk tahu kecenderongannya sahaja. Di sini tinggal kesimpulan kita berpihak pada yang benar atau tidak. Seberapa benar percentagenya, aku sendiri belum perolehi lagi. Ini memerlukan kecekapan yang telah diperolehi oleh mereka yang rajin, ikhlas, sabar dan yakin. Aku sendiri belum ada tahapan seperti itu. Itulah aku ini sampai sekarang masih lagi tahap pemula.:102:

    Ketahapan itu pasti ada yang milikinya kerana ia bergantung pada kekuatan dirinya sendiri.

    Dalam dunia forex, loss itu pasti berlaku, cuma banyak atau sedikit.

    Rasanya sudah sampai masa aku mulakan.
    Memulakan apa yang aku ingin tuliskan.
    Tidak ada niat untuk mengajar atau mencabar.
    Aku sendiri tahap pemula.
    Tujuan aku menulis adalah supaya aku terlatih dengan apa yang aku pelajari dan fahami.
    Agar aku sentiasa merancang sebelum aku melakukan.
    Biarlah sedikit aku hasilkan, apa yang aku mahu adalah menghargai hasilnya. Mempelajari kesilapannya.

    Insyaallah..... semoga Allah swt izinkan.
  4. Nik_R

    Nik_R New Member

    Messages:
    4
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    0
    Belajar Analisa Arah dan Batas Pergerakan Harga.

    Sebagai langkah pelajaran aku, aku ingin memilih 1 pair sahaja iaitu GBPUSD.
    Agar aku dapat mengfokuskan mempelajari pergerakannya.

    Belajar analisa kecenderongan arah dan batas-batas pergerakan harga.

    PAIR GBPUSD.

    Aku mulakan dengan melihat acuan Yearly dengan TF MN1 dan W1.
    Melihat acuan ini adalah bertujuan ingin tahu arah dan batas Yearly di mana.
    Acuan ini sebagai Big Map.

    [​IMG]
    Pada chart di atas TF MN1 dengan garisan open Yearly, aku dapat info bahawa harga sedang membentuk candle bullish .

    [​IMG]
    Bila bertukar ke TF W1 dan memasukkan KG balance Yearly dan KGBS Yearly aku sudah mendapat informasi yearly lagi.
    Pada KG Balance Yearly, harga berada di adas BSnya.
    Pada KGBS Yearly, harga juga berada di atas BSnya dan telah mencapai high.

    [​IMG]
    Di mana lima alat bantu pada chaft TF W1 di atas, keseluruhannya menyimpulkan pergerak up sedang terjadi.
    Apakah kesimpulan harga akan terus naik lagi? Ya, pada tool yang ada keseluruhannya memperlihat harga cenderong naik.
    Tetapi jika diperincikan dengan cara pakai tool ada 3 tool yang sedang risiko untuk mengatakan harga akan terus naik.
    LSMA dan 2 KGBS.
    Hukum LSMA jika berjauhan ia akan kembali mendekatinya dan hukum KGBS pula, setelah harga bergerak naik ia akan membentuk high 3 asumsi. Sama ada sama, rendah dari sebelumnya atau lebih tinggi.
    Apa yang dapat pada chart di atas, harga telah membentuk high yang sama lebih kurangnya dan sangatlah jauh dari LSMAnya. Dengan candle W1 yang close dalam bentuk body mengecil menunjuk pergerakan candle weekly mengalami tekanan dari buyers dan sellers.

    Kesimpulan Acuan Yearly.
    Pada acuan ini, untuk terus up harga akan membuat retrace. Jika harga tertahan pada level-level retrace maka kemungkinan harga akan meneruskan up.
    Level-level retrase seperti LSMA dan level KGBS dan KG balance.

    Informasi Yearly ini aku gunakan sebagai menambahkan keyakinan hati bukan untuk entry.

    Big Map Seterusnya.
    Acuan Monthly.
    [​IMG]
    Pada acuan monthly TF H4,
    Harga juga membentuk candle bullish.

    Kesimpulannya.
    Harga terkini bergerak dari high dan telah berada di bawah LSMAnya, dan jika lanjut turun kemungkinan level buyers di capai. Jika harga tertahan kemungkinan harga akan kembali naik kerana rangenya masih tersisa.
    Jika harga tembus mungkin harga bisa turun ke leve KG balancenya.
    Acuan ini, aku gunakan sebagai penyambung dari info Yearly.

    Big Map terakhir adalah Acuan Weekly.
    [​IMG]
    Pada acuan Weekly TF H1,
    Candle weekly close dalam keadaan tekanan dua arah.

    Kesimpulannya.
    Pada acuan weekly, harga close dalam keadaan candle bearish. Closenya berhampiran dengan BS KGBS dan KG Balance dan juga LSMA. Ini menunjukkan harga berada di sempadan Buyers dan sellers weekly.
    Info weekly sangat berperanan untuk pengaruhi pergerakan daily.

    Acuan seterusnya adalah acuan patokan.
    Acuan Daily.
    [​IMG]
    Pada acuan Daily TF M30,
    [​IMG]
    Candle Daily close sepertinya gambar di atas dalam keadaan tekanan dari sellers atau nama candle ini adalah shooting star.

    Kesimpulannya.
    Pada patokan ini sepertinya harga mahu membentuk Low 3 asumsi. Jika benar harga membentuk Low 3 asumsi bermakna harga berada di bawah BS KGBS dan KG Balance dan juga LSMA acuan weekly.
    Jika benar, stratergi posisi sell akan di susunkan.:41::70:

    Apa yang tulis itu sekadar belajar. mungkin salah atau mungkin benar.
    Aku cuma pengen melatih.:70::70::70:

Share This Page