exness
Justforex

Belajar Menganalisa GBPUSD ala KG

Discussion in 'Jurnal Trading' started by Krosli, Jan 2, 2010.

Share This Page

  1. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    Belajar Memahami pergerakan harga Ala KG

    Bismillahhirrahmaanirrahim.

    Alhamdulillah dan syukur pada Allah kerana melimpahkan kurnianya kepada hambanya dengan membuka mata hati menemukan cara menganalisa trading Forex dengan manusia yang sudi berkongsikan Ilmunya dengan tanpa bayaran.
    Keikhlasan dan kejujuran manusia yang bergelar Kang_Gun ini,semoga sentiasa di panjang umur dan murah rezeki. Hanya Allah saja yang dapat membalas kemurnian hati manusia ini.

    Semalam, 31/12/2009 lebih kurang lepas maghrib saya ada chat di chatBox bersama senior pelajar Kang_Gun yang bernama Anggara. Beliau ada menasihatkan saya iaitu membuat catatan setiap analisa bagi mengetahui tahap kemajuan analisa dan result OP,lebih kurang begitulah maksudnya.

    Seketika waktu selepas itu, saya berfikir mengapa saya tak ada buat catatan yang serius iaitu catatan perkembangan setiap OP walaupun profit atau sebaliknya.Bak kata Kang_Gun trading forex adalah satu bisnes. Bila ia di namakan bisnes ia merupakan satu pekerjaan yang menentukan arah masa depan. Saya sekarang masih berkerja di sebuah kilang dan sebagai juruteknik pengeluaran.Sedangkan setiap pekerjaan yang saya lakukan sekarang ada catatannya.Saya fikir utk apa catatan itu.Semestinya catatan itu untuk mengetahui perjalanan mesin bagi menghasilkan pengeluaran. Tanpa catatan, setiap baik dan buruk tidak dapat di ketahui.Lagi pun apabila catatan baik ia boleh dijadikan pengajaran dan apabila catatan tak baik ia akan jadi pembelajaran untuk berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah yang tak baik itu.

    Setelah 2 tahun lebih mengenali forex, baru hari ini saya benar-benar berfikir betapa pentingnya catatan yang serius. Sebelum ini bukan saya tak pernah buat catatan. Tapi catatan yang saya buat itu mungkin tak serius dan bertaburan kerana saya tak tahu apa yang saya catat. Susah saya nak terang di sini.Senang cakap, saya tak serius dalam trading forex sedangkan saya ingin menjadi trader full time.

    Banyak sudah alami kerugian tapi hati saya masih lagi tak mengalah untuk mempelajari Ilmu forex sampai menemuinya ' Belajar Menganalisa Chart ala KG' ini dengan tersendiri. Sebelum ni saya memang malas membaca tapi disebabkan minat yang teramat dengan Ilmu KG ni saya paksa diri saya membacanya.Tak silap saya sudah lebih 8 kali saya baca page 1 hingga page 91 berulang-ulang. Page seterusnya saya ada baca juga tapi secara cepat dan ambil tools yang saya mudah faham seperti 4TF, LSMA, KG Balance dan sebagainya. Buat masa sekarang saya ingin memahami basicnya dahulu.Bila saya dah betul-betul faham basicnya kemungkinan yang advance mudah saya nak memahaminya.

    Sebelum saya meneruskan catatan saya yang lanjut, pertama sekali saya ingin meminta izin dengan admin kgforexworld membenarkan saya orang Malaysia menumpang forum ini membuat catatan sambil belajar di sini.

    Dan yang kedua saya inginkan Kang_Gun atau pun senior-senior pelajar Kang_Gun dan juga sahabat-sahabat sepelajaran Ilmu Kang_Gun menegur dan memberi pandangan membina atas catatan saya. Supaya saya dan sahabat-sahabat sekalian memperolehi kemajuan berterusan dalam erti kata profit konsisten. Di awal tahun baru 2010 ini,Insyaallah saya akan mencuba membuat catatan yang serius dalam Forum Jurnal Trading ini dengan minta izin.
    Moga di awal tahun baru ini, kita dibuka pintu hati dalam trading bisnes forex dengan emosi yang stabil dan tidak mudah terpengaruh berlawan dengan peraturan.

    Insyaallah semoga rezeki yang kita cari mendapat keberkatan dari Allah.



    [​IMG]
    Last edited: Jul 25, 2011
  2. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    Bermula dengan Tools

    Dalam menganalisa chart ala Kang_Gun buat masa sekarang. Saya hanya mengamati tools seperti BB monthly weekly daily 3SD, BB 8H 4h SD -/+1, MA-MA pengarah, LSMA Daily, KG Standard Deviation Level V.1.1 myperiod month weekly daily, KG Balance dan 4TF.

    Seperti Contoh Gambar Di bawah ini :


    Di mulakan memerhati map iaitu 4TF dengan persoalan dimana harga sekarang? Ke mana arah harga ? dan bagaimana nak mula cara bergerak dengan arah harga ?

    Show Spoiler
    [​IMG]



    Persoalan bagaimana nak mula cara bergerak dengan arah harga saya akan mengamati chart seperti ini :

    Show Spoiler
    [​IMG]



    Macammana saya...Saya akan bermula dengan 4H Flat dan di sambung 8H Flat mengikut Rules (BB dan MA) selepas ada berlaku harga akan mencapai atau melepasi SD -/+3 monthly, weekly atau daily. Contohnya harga weekly sudah mencapai sd -3, harga bergerak berada di atas LSMA Daily dan ada KG Standard Deviation Level V.1.1 sebagai batasnya.
    Contoh seperti di bawah : OP Buy dilakukan pada garis Horizontal hijau setelah harga berada dalam 4H flat mengikut peraturan BB iaitu Buy di lower semasa BB Flat. Dan stop loss pada sd -2 BB daily. Baca Bismillah semasa OP dan sekiranya kena SL, bersyukur aja.

    Show Spoiler
    [​IMG]



    Dan sekiranya Allah mengizinkan rezeki pada hari itu, ia akan jadi seperti di bawah ini :


    Show Spoiler
    [​IMG]





    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010
  3. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    sambung

    Dan TP yang di sarankan adalah di KG Balance Buyers & Sellers seperti di bawah ini :

    Show Spoiler
    [​IMG]



    Tiada siapa tahu harga akan pergi sampai sini.Hanya Allah saja yang tahu harga sampai sini seperti di bawah ini.

    Show Spoiler
    [​IMG]


    Sesudah harga sampai semaksimum pada 30/12/09 didapati harga telah melebihi BB weekly sd +3 dan tidak mampu melepasi batas KG Standard Deviation Level V.1.1 myperiod weekly. Pembalikan harga berlaku sehingga tutup market. OP sell valid dilakukan tetap mengikuti Rules BB Flat iaitu Sell pada upper BB 4H Flat. Dan selamat di Lock +1. Seperti gambar Di bawah ini.

    Show Spoiler
    [​IMG]




    Kena banyak.......:belajar:

    _________________________________________________________________

    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010
  4. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    akan datang

    Di atas adalah Contoh yang saya ingin kongsikan berdasarkan pemahamam saya.
    Saya akan cuba OP kan berdasarkan contoh yang saya sertakan seperti di atas dan akan catatkan dalam Jurnal Trading catatan trading, signal trading ini sebagai catatan saya. Insyaallah saya akan serius membuat catatan ini.
    Dan Insyaallah saya akan cuba mengawal emosi agar yakin dan patuh dengan rules (BB & MA) serta cut loss sekiranya analisa bertentangan atau salah buat analisa.

    Dan di sini saya amat mengalu-alukan teman-teman menegur dan memberi pandangan membina kepada saya agar saya dapat belajar dan memperbaiki kelemahan saya.



    Saya masih kena banyak ........:belajar:
  5. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    Prepair OP Date 0P Bertarikh 04/01/10

    Bismillhahhirrahmanirrahim....

    Di mulakan dengan menengok peta atau map 4TF ke mana hendak tuju.
    Show Spoiler
    [​IMG]



    Betulkah harge sedang terbatas di KG Standard Deviation Level V.1.1 period daily atau sebaliknya.
    Show Spoiler
    [​IMG]


    OP sell akan di open berdasarkan rules BB flat dan MA-MA.Sekarang sedang bersedia OP sell.Insyaallah.
    Show Spoiler
    [​IMG]




    Op sell telah di open di upper bb4h flat dan SL di hight hari ini.Dan bersedia lock +1 utk amankannya Insyaallah. Sekiranya terkena Stop Loss, bersyukur aja.
    Show Spoiler
    [​IMG]




    ____________________________________________________________________________________________________
    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010
  6. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    sambungan OP 040110

    Alhamdulillah sudah di lock + 1. Sekarang sedang mengamati BB Flat 8H dan target TP yang sesuai dengan izin.
    Show Spoiler
    [​IMG]


    Sedang cuba untuk OP sell yang kedua pada BB 8H flat harga turun dengan laju. Hati kecil ini tak beberapa berani utk OP lagi.Cukuplah OP pertama tadi.Mungkin keberanian belum kental lagi.Tak apa lah cuba lain kali.
    Sekarang sedang memerhati adakah harga akan boleh berada di bawah LSMA daily.Sekiranya harga berjaya melepasi LSMA OP pertama ini akan di lepaskan sampai esok.Sekiranya tak berjaya, cut profit akan dilakukan atau hanya profit aman saja.Bersyukur aja.



    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010
  7. Anggara

    Anggara moderator Staff Member

    Messages:
    514
    Likes Received:
    132
    Trophy Points:
    43
    great post bro Krosli

    the most important point is we have to know where to put our stop loss ( I'm still learning it hehe) and know when to take our profit...

    and your journal teach us the way to do it

    thanks :)
    anggara
  8. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    Salam Bro...
    Terima kasih atas pandangan Bro..
    Ilmu Kang_Gun sememangnya amat berkesan.Hanya kita kena mahir menguasainya.Saya masih lagi mengulang kaji Ilmu Kang_Gun ini.Kestabilan emosi, keyakinan diri, keberanian dan displin belum lagi dapat di awasi.Pada awal tahun baru ini, saya akan amalkan OP bermula dengan BB 4h Flat.Tetapi sebelum itu saya akan mengamati 4 TF terlebih dahulu untuk mencari di mana harga terbatas dan berlaku pembalikan. Selepas itu saya menunggu untuk OP bermula dengan BB 4H Flat dan stop loss pada harga tertinggi sebelumnya .Saya akan pastikan OP pertama pada BB 4H flat selamat di lock +1 dan kalau tak sempat atau terkena stop loss saya akan bersyukur aja.Selepas OP pertama berjaya di lock+1 Saya akan mengamati BB 8H Flat pula.Buat masa sekarang saya mahu OP pertama dan kedua berjaya di lock+1 dan selamat belayar mencapai TP, barulah saya memikir OP Daily Flat,weekly flat dan Monthly Flat.


    Sekarang Untuk take profit masih lagi belum dapat apa yang di set. Kebanyakanya saya cut profit.Seperti OP semalam saya cut profit pagi hari ini kerana saya berpendapat harga sedang side way. Saya takut harga akan kembali naik.Sekiranya harga masih turun.Saya bersyukurlah dengan apa yang saya dapat hari ini.

    Saya harap Bro dapat membimbing saya bagi kita sama-sama mencapai profit yang aman.
    Last edited: Jan 5, 2010
  9. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    Analisa date 050110

    Bismillahirrahmanirrahim....

    Seperti biasa 4TF akan di amati dahulu.....
    Show Spoiler
    [​IMG]


    Apakah hari ini harga akan terbatas kat sini kawasan yang dibulatkan.Atau hanya berehat sekejap dan terus turun.Kalau dilihat di situ ia terbatas oleh KG Standard Deviation Level V.1.1, SMA Weekly dan bawah lagi ada SD-3 Daily dan SD-1 Monthly.Rules masih lagi (BB & MA), OP akan bersedia Di BB Flat 4H.Sekarang sedang sabar dan bersedia.
    Show Spoiler
    [​IMG]



    Batasan Di atas telah ditembusi dan harga terus jatuh.Sekarang batasan pada bulatan adalah KG Standard Deviation Level V.1.1 (KGSDLV.1.1 -2) dan lower BB Weekly akan di amati seterusnya.Rulesnya tetap sama Buy di lower 4H BB Flat.Sekiranya harga terus turun, bermakna OP utk hari ini tidak ada.
    Show Spoiler
    [​IMG]



    Bismillahhirrahmanirrahim..Seteleh Harga bergerak slow dan sekarang memasuki area 4H Flat BB. OP Buy telah di buka dan SL telah diletakkan.Sekarang sedang memastikan dapat lock +1.Sekiranya terkena Stop Loss,bersyukur aja.
    Show Spoiler
    [​IMG]





    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010
  10. Krosli

    Krosli Member

    Messages:
    486
    Likes Received:
    6
    Trophy Points:
    18
    sambungan OP 050110

    Alhamdulillah OP pertama sudah pun di lock +1.Sekarang sedang mengamati BB 8H utk OP kedua.dengan izin Allah.
    Show Spoiler
    [​IMG]


    Alhamdulillah OP pertama sudah pun di lock +1.Dan OP kedua BB 8H pun sudah dilock+1 dengan izin Allah. Sekarang sudah berada dalam keadaan aman dan menanti rezeki yang akan dilimpahkan oleh Allah.
    Show Spoiler
    [​IMG]
    Alhamdulillah syukur pada Allah.

    OP kedua sudah close dengan aman(lock+1). Apakah OP pertama akan mengikuti jejak OP kedua.Allah saja akan tahu.Kita hanya akan tahu setelah berlaku.
    Apakah News Pukul 22:00 WIB – Event Amerika - Pending Home Sales — Data penjualan rumah yang masih menunggu penyelesaian transaksi ini sangat penting, karena akan menggambarkan kesehatan ekonomi di Amerika. Penjualan rumah bisa mempengaruhi tingkat kredit pinjaman, pegadaian, dan berbagai efek finansial dan perbankan lainnya. Selama beberapa bulan terakhir data selalu di atas ekspektasi dan jika hari ini kembali melebihi prediksi, maka akan memberi support bagi USD. (Data bulan lalu 3,7% — Prediksi hari ini -2,3%)
    Dan yang sebenarnya ke manakah ia akan pergi.Itu pun Allah juga akan tahu.


    Nampaknya OP pertama mengikuti jejak OP kedua.Bisnes hari ini 05/01/2010 mendapat untung 1pip X 2 = 2pip.Apa-apa pun Alhamdulillah.Esok masih ada lagi. Kita hanya mampu menganalisa yang menentukan adalah Allah maha esa.

    Kena banyak belajar lagi.....:belajar: :bye:


    :cz29:Saya ingin meminta maaf kerana chartnya sudah hilang dan tedelete kerana photobocket sudah penuh. Sukar utk saya mencarinya.
    Last edited: Jun 29, 2010

Share This Page

mtrading.co.id
nordfx